Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR

Sudah ramai suri yang mula bekerja dan berniaga dari rumah. Kalau buka fb dan instagram, banyak iklan niaga dan produk yang ditawarkan. Terpulang kepada kita untuk memilih produk / perkhidmatan yang diperlukan mengikut kesesuaian diri masing-masing. 

Baru-baru ini, terdapat pihak nakal yang plagiat logo rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang comel ini. Kalau hendak guna logo ini, anda mestilah mendaftar sebagai ahli ABDR kerana ia eksklusif untuk ahli sahaja. Memang baik niat pihak tersebut tetapi tidak boleh sesuka hati menciplak harta intelek pihak yang memerah buah fikiran untuk menghasilkan logo berkenaan.

Matlamat kami di ABDR untuk membantu suri menggunakan kemahiran anda untuk menjana pendapatan dan mengajak suri bersama jemaah kami dalam satu kumpulan sebagai kumpulan sokongan WAHM.

Semoga lebih ramai suri dan pembaca yang mendapat manfaat daripada perkongsian kami dan bersedia untuk melakukan perubahan untuk menambah nilai dalam kehidupan.

Saya suka membaca tulisan Pengasas Akademi ini yang menulis tentang bekerja dari rumah. Saya kongsikan sebagai panduan untuk diri saya sendiri dan pembaca yang berkaitan.

Teks dan Sumber: Pn. Masayu Ahmad (ABDR)

Penulis banyak menerima email daripada pembaca yang berkongsi dilema. Kebanyakan adalah kalangan suri yang masih bekerjaya dan sedang mencari peluang untuk kembali ke rumah. Mereka perlu dan mahu bersedia sebelum menghantar notis perletakan jawatan.

Berhenti kerja sama ada memilih sebagai usahawan sepenuh masa atau bekerja secara sambilan, ia adalah mempunyai cabaran yang berbeza. Namun berhenti kerja dengan tidak ada apa-apa persediaan sudah tentu cabarannya bukan calang-calang.

Berikut adalah beberapa panduan asas yang boleh dipraktik sebelum mengambil keputusan berhenti kerja.

Persediaan berhenti kerja dan solusi.

1. Kenalpasti dahulu jenis bisnes atau pekerjaan.

Sebelum kita memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan secara sepenuh masa. Kenalpasti dahulu apa yang kita mahu usahakan. Sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.

Kenalpasti apa minat, kemahiran, kepakaran yang boleh kita usahakan berdasarkan apa bidang yang mahu kita ceburi. Contohnya kita ada kemahiran sebagai akauntan, apakah peluang-peluang yang boleh kita terokai.

Sekiranya kita berminat dalam bisnes, apa pula bisnes atau bidang yang mahu kita aktifkan sebagai sumber pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.

2. Kenalpasti tarikh jangkaan kita mahu menghantar notis.

Berapa lamakah kita mengambil persediaan sebelum masa yang sesuai menghantar notis kepada majikan. Ia bergantung kembali kepada persediaan kewangan dan juga persediaan asas kita sebelum berhenti kerja. Letak tarikh yang jelas bilakah masa kita mahu berhenti kerja. Contohnya tiga tahun atau lima tahun akan datang. Jadi buka satu buku matlamat dan letak tarikh tersebut dengan jelas.

3. Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa.

Ketika kita masih lagi bekerja, sangat disarankan kita sudah pun bermula dengan melakukan usaha ini secara sambilan. Bagusnya ia adalah sumber pendapatan ke dua atau sumber persediaan sebelum kita berhenti kerja. Apabila mengusahakan sumber ke dua ini, sangat disarankan kita tidak mengambil satu sen pun dari bisnes atau sumber perndapatan tersebut. Biarkan ia bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan.

4. Persediaan kewangan.

Secara realistik, tulis semua matlamat kewangan yang perlu kita uruskan semasa masih lagi bekerja. Matlamat kewangan ini harus jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya.

Perbincangan suami isteri akan hal ini dapat membantu memberi matlamat yang baik dalam kata putus. Mungkin selepas ini salah seorang yang akan bekerja dan seorang lagi sebagai usahawan sepenuh masa. Mungkin juga suami isteri mahu lakukan secara bersama-sama. Beli buku-buku pengurusan kewangan. Hadir mana-mana seminar atau bengkel kewangan peribadi mahupun untuk bisnes sebagai persediaan asas.

Juga boleh mendapatkan rundingan pakar kewangan untuk mendapatkan sesi konsultasi yang khusus untuk capai matlamat kewangan yang diperlukan sebelum berhenti kerja.

5. Berbincang dengan pasangan.

Ambil satu ruang yang khusus berbincang dengan jelas apa matlamat untuk berhenti kerja dan apa perancangan selepas berhenti kerja. Cabaran sebelum berhenti kerja itu ada pelbagai, tetapi cabaran selepas berhenti kerja juga tidak dapat dijangka. Namun begitu sekiranya bersama-sama membuat persediaan sejak dari mula, ia sangat membantu untuk suami isteri bertoleransi dengan cabaran yang akan datang.

6. Minta pandangan rakan-rakan.

Jangan minta pandangan rakan-rakan yang masih bekerja. Tetapi dengar dan minta pandangan rakan-rakan yang sudah terlebih dahulu berhenti kerja 5 hingga 10 tahun ke hadapan. Mereka sudah pun melepasi tahap persediaan dan menikmati perasaan 'pekerja bebas sepenuh masa'.

Fokus kepada pandangan yang membina dan juga membuat penyesuaian berdasarkan masalah yang kita hadapi. Kerana setiap orang tidak sama masalah kewangan dan juga persediaan.

7. Bebas hutang.

Bebas hutang atau zero hutang adalah salah satu matlamat kewangan yang sangat baik. Sekiranya mampu mencapai zero hutang ketika masih lagi bekerja, maka ruang dan perasaan ketika menghantar notis perletakan jawatan itu adalah lebih lapang. Kita hanya fokus kepada sumber pendapatan, pelaburan dan tabungan sahaja. Tanpa perlu lagi memikirkan hutang piutang hidup kita jauh lebih tenteram.

8. Mulakan latihan menyimpan.

Walaupun impian bekerja dari rumah atau impian berhenti kerja kita melihat satu peluang yang seronok. Tetapi disiplin berkaitan kewangan perlu dimulakan sejak belum berhenti kerja. Jika ketika kita masih bekerja kita berada dalam 'zon selesa' kerana kita tahu berapa jumlah yang kita dapat setiap bulan. Tetapi apabila kita sudah tidak lagi bermajikan kita disarankan untuk lebih berhemah dan berjimat cermat.

Mulakan latihan menyimpan ini sejak dari kita masih bekerja lagi. Contoh membiasakan untuk mengumpulkan sejumlah modal untuk bisnes. Katakanlah kita peruntukkan RM100 sahaja dari pendapatan ketika masih bekerja. Maka kita simpan RM100 itu secara konsisten dalam tabung modal. Jika setahun kita mendapat RM1200, maka dalam tempoh tiga tahun kita akan mendapat RM3600. Untuk bisnes kecilan, RM500 hingga RM1000 adalah sangat cukup untuk memulkan bisnes kecil-kecilan. Mulakan disiplin ini sejak dari kita masih bekerja lagi. Fokus kepada tabung modal, apabla kita mengambil wang dari tabung tersebut, kita mengantikannya semula.

9. Fokus untuk capai matlamat kewangan.

Salah satu matlamat utama sebelum bersedia menghantar notis perletakan jawatan ialah, kita tahu apa matlamat kewangan. Tidak kira sama ada mencapai zon bebas hutang, pelaburan, tabungan, pengurusan dan sebagainya, jadikan ia salah satu matlamat yang perlu diambil perhatian serius.

10. Kenalpasti pendapatan aktif dan pasif.

Faham apa itu pendapatan aktif dan apa pendapatan pasif. Pendapatan aktif adalah pendapatan daripada sumber yang membantu kita medapat hasil secara harian dan berterusan. Manakala pendapatan pasif pula boleh diperolehi daripada tabungan atau bentuk pelaburan yang kita hanya melakukan sekali, tetapinya pulangan boleh diperolehi berkali-kali.

Contoh pendapatan pasif ialah dari hasil rumah yang sudah habis dibayar dan kita menerima hasil sewaan sekiranya rumah itu disewakan.

11. Fokus menambah ilmu baru.

Sentiasa fokus untuk meningkatkan kemahiran baru sama ada ilmu bisnes, pemasaran, jualan dan sebagainya. Ilmu baru membantu kita untuk lebih bersedia dan sentiasa tahu untuk membuat penambah baikan untuk diri dan juga bisnes.

12. Mencari kumpulan sokongan.

Berada dalam kumpulan sokongan adalah salah satu cara untuk kita mengurangkan rasa tidak tahu dan juga mendapat pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah. Contohnya kita berada dalam kalangan usahawan kek dan roti. Sudah tentu kita boleh belajar dari pengalaman dari usahawan-usahawan yang sudah jauh ke depan dari segi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Cara ini juga membantu kita mendapatkan sokongan terutama ketika pada situasi getir dalam bisnes.

*****************************************************

Bagi suri yang sedang berkira-kira untuk berhenti kerja, boleh jadikan tulisan Pn. Masayu Ahmad ini sebagai panduan.

ABDR menyediakan kelas bisnes online dan bahan bacaan ebook untuk panduan suri bekerja dari rumah.

Bagi anda yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas bisnes online

Anda akan belajar menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. 

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku