Pengalaman Memulakan Bisnes Makanan
Cabaran kami bermula dari untuk mendapatkan modal
perniagaan. Modal tersebut untuk digunakan mengubahsuai bahagian bawah rumah
kami untuk dijadikan bengkel dan juga untuk membeli peralatan yg berkaita
seperti mesin.
Untuk permulaan kami telah berjaya membuat pinjaman dengan TEKUN
NASIONAL sebanyak 20k disamping dengan simpanan sendiri yang tidak seberapa.
Setelah semuanya selesai, dengan rasminya bisnes kami bermula.
Cabaran
seterusnya ialah bagaimana untuk mencari pelanggan. Sebelum kami mula jual
produk kami kepada pelanggan, kami telah menguji terlebih dahulu produk kami
dengan cara memberi ujirasa kepada penduduk setempat, rakan-rakan, jiran-jiran,
pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya. Setelah mendapat respon yang
baik, baru la kami mula membuat pengeluaran produk makanan sejukbeku iaitu
karipap frozen, beberapa jenis pizza frozen, pau dan juga samosa frozen.
Pengalaman suka duka yang kami hadapi untuk memulakan bisnes
ini, kami terpaksa membawa anak yang masih kecil yg pada masa itu baru habis
pantang setiap pagi untuk menghantar produk (tetapi dah siap sedia untuk
dimakan) ke gerai-gerai di sekitar pekan Kg. Gajah.
Kemudian kami juga menghantar produk frozen di kedai-kedai
yang menjual produk sejuk beku. Tetapi tidak lama kerana kedai-kedai tersebut
tidak menjaga dengan baik produk yang kami hantar. Jadi kami nekad untuk
menjual dan memasarkan produk tersebut sendiri sahaja. Alhamdulillah oleh
kerana di kawasan saya tidak ada lagi pengusaha yang berniaga produk seumpama
ini, produk hasilan kami mendapat tempat terutamanya Pizza Sejuk Beku. Maklum
lah, di kawasan saya susah nak dapatkan pizza, perlu pergi ke bandar besar baru
boleh dapatkannya, namun begitu harganya agak mahal.
Tidak lama selepas itu, produk kami telah dapat dikesan oleh
pihak Jabatan Pertanian Perak Tengah dan mereka bersetuju memberi bantuan dalam
bentuk peralatan dan jumlahnya bernilai 10k. Dengan bantuan tersebut, kami
mengorak langkah dengan lebih jauh lagi untuk memperluaskan lagi bisnes ini.
Pihak Jabatan Pertanian melihat kami sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh
lagi dalam bidang ini, mereka telah menawarkan secara kontrak untuk kami
beroperasi di Pusat Aperantis di Padang Kangar Parit, Perak. Walau bagaimana
pun, kami beroperasi di Pusat Aperantis tersebut selama beberapa bulan sahaja
atas sebab perjalanan dari rumah ke pusat aperantis mengambil masa selama
40 minit dan juga dalam masa yang sama, saya terpaksa meninggalkan opah saya yang
juga seorang OKU (cacat penglihatan) seorang diri di rumah untuk tempoh masa
yang agak panjang. Jadi untuk mengambil langkah selamat, kami terpaksa
menamatkan kontrak dan berbalik beroperasi semula di rumah.
Untuk meneruskan kelangsungan bisnes ini, setelah berpindah
semula ke rumah, kami mengambil kesempatan untuk mempelajari pelbagai jenis kek
continental. Kami amat bertuah kerana ada seorang tauke kedai bakeri yang
berbangsa Cina sudi mengajar kami daripada asas sehinggalah kami boleh buat
kek. Kami tidak berhenti di situ, saya terus mencari sifu-sifu kek yang
terkenal di Malaysia ini.
Pada masa yang sama masih terus belajar dengan tauke Cina
tersebut. Kami belajar membuat kek di serata tempat. Antara chef yang kami
belajar, Chef Ame Hamxa, Chef Khairi Anuar dan juga tauke bakeri berbangsa
Cina.
Kemudian kami juga belajar membuat pelbagai jenis roti
sebagai punca pendapatan sampingan. Kami telah melabur untuk tujuan mencari
ilmu ini hampir 20 ribu sejak kami bermula sehingga kini. Sampai sekarang saya
masih belajar jika ada perkara baru yang belum saya belajar. Alhamdulillah,
kami telah dikenali bukan sahaja dalam bidang memproses makanan sejuk beku
tetapi juga dalam bidang kek dan bakeri.
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan.
Siapakah usahawan ini? Dapatkan ebook ini sekarang dalam Pakej Promosi September. 3 ebook hanya RM 50 sahaja.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan