Kepentingan Blog Kepada Usahawan Online
Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Bisnes yang
dianjurkan oleh ABDR adalah untuk menulis perkongsian, pengalaman dan kepakaran dalam membina jaringan /
prospek. Kaedahnya seperti berikut :-
- Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis.
- Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
- Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
- Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan (produk digital dan produk fizikal).
- Belajar jana pendapatan melalui blog.
- Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
- Pautan ke blog dan fanpage.
- Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
- Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.
- Kita jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya Allah.
Ulasan / testimoni peserta Kelas Blog Bisnes Fanpage.
Penulis: Nor Mahsuri Mhd Nordin
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: http://normahsurinordin.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Sumber: http://normahsurinordin.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki
beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri
sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum.
Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang
menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki
blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya
update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut.
Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai
masa untuk update dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina
blog, saya akan mencipta yang baru pula.
Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat
telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya
terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya
terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi
Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan
baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di
Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang
guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina
blog sehingga kini.
Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih
dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti
memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan
trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook
fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang
tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya
sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh
jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh
kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh
dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya
saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya
dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas
utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu
Zakaria.
Selain daripada belajar menyiapkan blog dan fanpage, banyak
lagi ilmu yang saya perolehi, terutamanya yang berkaitan dengan dunia
perniagaan online. Banyak panduan dan tips-tips yang berguna untuk digunakan
bagi membina perniagaan yang baru bermula. Malah kami juga dapat berkenalan dengan
rakan-rakan yang lain di akademi serta saling bantu-membantu mempertingkatkan
trafik blog.
Hubungi saya jika anda berminat untuk pendaftaran kelas.
Hubungi saya jika anda berminat untuk pendaftaran kelas.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan