Jom Muhasabah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Perkongsian FB

Peringatan untuk diri saya sendiri.

Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari perhitungan. Jika solat terjaga, Insya Allah persoalan tentang perkara lain yang kita lakukan di dunia pun akan baik. 

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah seimbangkan hal dunia dan hal akhirat. Biasakan diri untuk menunaikan solat di awal waktu. 

Jangan berbaring ketika azan, nanti jenazah menjadi berat. Jangan bercakap-cakap semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah.


Amalan Zikir Harian

7 Kalimat yang harus dibiasakan
Bismillah hirrahman nirrahim
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

Alhamdulillah
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

Astagfirullah
Jika melakukan sesuatu yang buruk.

Insya Allah
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

Laa hawla wala guwwata illaa billah
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat hal yang buruk.

Innalillahi wainna ilaihirojiun
Jika melihat atau menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

Lailaha illallah
Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda..

"Sebarkan walaupun daripada sepotong ayatku".

"Barangsiapa yang menyampaikan satu ilmu sahaja dan ada orang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia tetap akan memperoleh pahala".

Wallahualam.

Semoga bermanfaat kepada sahabat pembaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku