Menulis Untuk Memberi Nilai Kepada Orang Lain
Penulis: Nurul Diyana Mohd
Guru: Pn. Masayu Ahmad
Sumber: ABDR
Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.
Assalamualaikum.
Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari
ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali
dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog &
Penulisan Asas.
Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak
memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu
saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO
Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan
yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR
yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan
iklan mereka di newsfeed.
Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum
terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory.
Lebih setahun kemudian, saya tiba-tiba sedar dan merasakan
bahawa ada yang kurang, seperti ada yang tak kena, seolah-olah berniaga kerana
terpaksa. Saya mampu bertahan selama lebih setahun bukanlah kerana minat yang
mendalam tetapi kerana sikap dan tekad saya.
Saya seorang yang suka melakukan terbaik dalam apa sahaja
pekerjaan walau pelbagai pahit getir yang melanda. Terus berusaha mengikut arus
keadaan dan menimba pengalaman berharga. Itulah perangai saya yang memungkinkan
saya melakukan hampir apa sahaja pekerjaan. Antara sebab saya menjadi kegemaran
majikan saya ketika masih bekerja dahulu.
Dalam kegelisahan hati saya berdialog dengan Allah SWT
memohon petunjuk apakah sebenarnya punca perasaan tidak enak saya. Selepas itu
Allah SWT bagi saya sedar bahawa minat saya bukan pada perniagaan tetapi pada
penulisan dan perkongsian.
Memandangkan saya telah ada NHD BABY SHOP, saya tidak
mungkin meninggalkan kedai atas talian ini begitu sahaja sedangkan telah banyak
wang, tenaga dan buah fikiran yang telah saya laburkan di situ. Jadi saya
membuat keputusan untuk menulis ulasan mengenai barang kedai yang saya guna di
samping membuat promosi. Dua dalam satu. Minat dapat dipenuhi, perniagaan juga
berjalan.
Saya mula menulis di blog lama saya
www.nhdbabyshop.blogspot, ketika itu saya mula mencari guru untuk belajar
menulis. Bagi saya, saya memerlukan seorang guru. Kemudiannya terjumpa kawan
yang telah sebulan menyertai ABDR. Saya kemudiaanya mencari info tambahan
sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengasas ABDR, kak Masayu Ahmad.
Dengan Kak Masayu, saya ceritakan apa yang terjadi dan
bagaimana saya rasa terlalu ingin menulis kerana minat dari kecil tetapi ingin
meneruskan perniagaan online saya yang ada, Kak Mas kemudiannya mencadangkan
saya menyertai kelas penulisan bisnes. Saya belajar menulis dengan mudah sambil
menjaga anak di rumah sahaja.
Di Kelas Fatimah, Kak Masayu melakukan analisa dan memberi
arahan tugasan yang amat mudah. Bina blog mengikut arahan beliau dan buat 44
entri. Jadi saya buat tanpa banyak soal.
Mulanya ada banyak keraguan juga tetapi setelah diberi
contoh kepada persoalan saya, saya faham dan terus menulis tanpa henti. Kami
juga di ajar supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Di ABDR juga kami
diajar bagaimana tulisan menarik kami di Facebook juga kadang-kadang boleh
menjadi entri di blog.
Selain belajar, saya juga berpeluang berkongsi dan
bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan sekelas mengenai beberapa perkara,
contohnya penggunaan #hashtag dan aplikasi blogger di telefon pintar. Seronok
jadi seorang yang memberi nilai pada orang lain. Saya pula yang mengajar Kak
Masayu dan kawan-kawan kan? Kelakar pula bila di ingat semula.
Asalnya yang dipinta Kak Masayu cuma 44 entri tetapi kerana
kekangan masa menulis, bekerja dan menguruskan anak tanpa sedar entri ini telah
menjadi entri ke-50 saya. Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur pada yang Maha
Esa.
Saya cuba untuk menulis setiap hari, tetapi kerana masalah
yang tidak dapat dielakkan, ada juga kadang-kadang terbabas sehari dua. Tetapi
saya yakin dan percaya diri akan terus menulis selagi Allah SWT kurniakan
kudrat dan idea.
Bagi yang ingin menyertai ABDR dan bertanya saya berbaloikah
menyertai? Pada saya, kenapa tidak? Di sini anda akan mengenali ramai orang,
banyak ilmu yang boleh ditimba dari rakan-rakan. Malah jika tidak salah saya
sekiranya anda ingin berniaga tetapi tiada produk, juga boleh menyertai
rangkaian ABDR. Belajar sampai tamat dan kemudiannya menghasilkan produk e-book
sendiri ataupun menjadi ejen dropship.
Yang penting, belajar dan ikut arahan cikgu online, tanya
kalau tak faham tetapi kalau tak faham juga hanya terus buat, lama-lama akan
faham. Itu cara saya. Ayat yang selalu cikgu online saya guna untuk menegur
saya apabila banyak sangat idea hendak dibuat "pelan-pelan kayuh".
Jadi, saya juga ingin cakap benda yang sama dengan anda, pelan-pelan kayuh. Di
sini tiada paksaan.
Dengan ABDR, saya memperolehi ilmu, rakan-rakan yang baik
dan rangkaian perniagaan. Cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi penulis
yang berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah.
*****************************************************
Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Bisnes yang
dianjurkan oleh ABDR adalah untuk menulis perkongsian, pengalaman dan kepakaran
dalam membina jaringan / prospek.
Kaedahnya seperti berikut :-
- Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis.
- Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
- Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
- Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan (produk digital dan produk fizikal).
- Belajar jana pendapatan melalui blog.
- Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
- Pautan ke blog dan fanpage.
- Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
- Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.
- Kita jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya Allah.
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan