Mari Belajar Menulis
Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Penulis: Asmah Hashim
Guru Online: Monalita Mansor
Sumber: ABDR
Orang ada FB, saya hendak ada FB. Orang ada Blog, saya pun hendak.
Tetapi tidak pandai membuatnya. Mula mendaftar, terkial-kiallah saya
melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang
arah. Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup,
entahkan tidak.
Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke
grup tersebut jika sudi. Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog,
betul! Tidak tipu. Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada
Blog Nukilanku Asmah Hashim. Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari
Ipoh Perak, Pena Ungu. Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya
membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya. Tidak mungkin saya akan suruh
dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya. Buat malu sahaja.
Blog saya itu biasa-biasa sahaja. Pengikutpun tidak ramai.
Hendak bertanya, terasa malu. Nanti diperkecilkan pula. Akhirnya saya membisu
dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita? Dia
jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut. Sejak itu saya ikut
nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut. Kecewa juga di hati.
Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang. Saya juga jarang kongsi ke wall Fb
saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.
Saya ini aktif orangnya. Malah sangat aktif di FB grup
pembaca novel dan masakan. Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya
berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan online dan
penulis. Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya
yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia
cyber ini. Banyak peluang yang kita dapat dengan mempunyai blog sendiri. Bukan
hanya di FB sahaja kita boleh mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam
blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana. Setiap perkara perlu ada
ilmu. Maka belajarlah. Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur,
maka melaburlah. Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog
kami. Lihat sendiri, kaji sendiri. Alami sendiri. Pasti anda akan suka, akan
tertarik.
Banyak perkara yang belajar di dalam Kelas Asas Blog ini.
Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu
yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu. Maka lahirlah blog saya yang
penuh entri, ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan
akademik. Malah kami diberi peluang untuk menjana pendapatan hanya di hujung
jari kita sahaja. Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah. Tidak
rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya. Jika terasa ingin memajukan
perniagaan sehingga ke seantero dunia, sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas
ini. Wang yang dilaburkan akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang
perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina
blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah,
tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan
peluang ini. Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan
wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.
****************************************************
Kami sudah buka pendaftaran untuk kelas penulisan kreatif. Mari belajar bersama salah seorang penulis novel, juga guru online penulisan
kreatif ABDR.
Minat ke berminat? Hubungi saya untuk pendaftaran.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan