Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Kelas Asas Akaun Bisnes

Imej
Pendaftaran kelas asas akaun bulan Oktober sudah dibuka. 1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE. Tarikh: 18/10/15 Ahad Masa: 9.30 pg - 12.30 tgh Yuran: RM150 Modul 1: Basic book keeping. Bagaimana merekod buku simpan kira? Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya. -Mengenal dan belajar kepentingan dokumen. -Invois, cash, bil, resit, purchase order.   2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta) Tarikh: 24/10/15 Sabtu di Putrajaya. Masa: 9.15 pg - 4.00 ptg Lokasi: Putrajaya Yuran: RM250 Modul: 1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan. 2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan. 3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet). 4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk. 5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI. 6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task. Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya : Pe

Asas Persediaan Berhenti Kerja

Imej
1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan. 2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja. 3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah. 4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan. Kelebihan bekerja sendiri. 1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri. 2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja. 3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga. 4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh. Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign. Dapatkan ebook ini untuk bacaan lanjut. Pengurus Online sms/whatsapp 013-2006586 Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/ FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil Email: ruslindajalil@gmail.com #bekerjadarirumah #bisnesdarirumah #janawangda

Kelebihan Beriklan Di SOHO ABDR

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Sumber dan Gambar: ABDR Sebagai Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya fokus kepada 3 perkara utama untuk mengajak suri rumah dan suri bekerjaya menjadi pemula usahawan dari rumah 100 % secara online iaitu:- Kelas Online Buku Digital (Ebook) Sewa Tapak Iklan Untuk tapak iklan, kami ada 2 cara iaitu kekal (tertera dalam ebook keluaran ABDR dan website homestay) atau diperbaharui mengikut tempoh tertentu   ( SOHO Directory ).  Di sini tidaklah saya menjaminkan bisnes anda yang beriklan dengan kami akan meletup jualannya tetapi beriklan dengan ABDR akan meningkatkan trafik kepada bisnes anda melalui pautan lebih 1000 blog alumni yang dibina bersama ABDR.  Iklan produk anda akan berada di lebih 1000 blog alumni ABDR. Setiap blog alumni ABDR mempunyai logo iklan SOHO Directory ini akan membawa bersama iklan bisnes anda. Iklan anda dapat dilihat oleh pembaca / bakal pembeli yang singgah atau klik pada pautan. Ini adalah sal

Buku Digital Dan Buku Fizikal

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: ABDR Buku digital atau lebih dikenali sebagai ebook biasanya dalam format pdf adalah produk yang mudah diakses di gajet elektronik seperti telefon pintar, Ipad, tablet dan komputer.   Ebook ABDR adalah informasi berkaitan kategori mula bisnes dari rumah. Ebook kami di tulis oleh Pengasas ABDR iaitu Pn. Masayu Ahmad. Sasaran pembaca dan pembeli ebook ABDR adalah surirumah atau sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes skala kecil atau bisnes dari rumah. Kami sedang berkembang secara konsisten sebagai tempat rujukan. Akan datang, buku digital ini akan diterbitkan dalam naskah buku fizikal selain daripada buku digital. Antara senarai ebook ABDR :- 1. Ebook Belajar Asas Blog . 2. Ebook Super Wahm Super Mom . 3. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes . 4. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Offline Online. 5. Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.  6. Ebook Panduan Berpantang Tradisional Moden.  7. Ebook 44

Menulis Untuk Memberi Nilai Kepada Orang Lain

Penulis: Nurul Diyana Mohd Guru: Pn. Masayu Ahmad Sumber: ABDR Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Assalamualaikum. Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog & Penulisan Asas. Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan iklan mereka di newsfeed. Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory. Le

Menimba Ilmu Mestilah Berguru

Teks: Rozanah Zakaria Guru Online: Anys Idayu Zakaria Sumber: ABDR Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys. Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye! Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :) Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di

Cabaran Bisnes Makanan

Imej
Pada Oktober 2011 saya telah membuat keputusan untuk menceburi bidang makanan. Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk mencuba menjual sambal yang di panggil SAMBAL IKAN BILIS RIQZMIE ini. Kami melihat ia bakal mempunyai pasaran yang luas memandangkan penduduk Malaysia rata-ratanya bekerja dan sibuk. Ini dapat memenuhi keperluan mereka yang sudah tentu memerlukan produk yang mudah dan cepat untuk dipelbagaikan dalam hidangan. Mungkin bila sebut bisnes online, pasti ramai yang membayangkan ia senang dan modal yang diperlukan juga kecil. Tetapi sebenarnya bisnes online memerlukan modal yang besar jika ingin cepat maju. Walau bagaimanapun dengan modal yang kecil, perlaksanaan bisnes boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Dengan modal yang besar, pemasaran secara online dapat dilakukan dengan secara meluas. Ini semua memerlukan kos yang agak besar. Tanpa modal yang besar, perancangan untuk mengembangkan bisnes juga akan tersekat. Pinjaman modal dari bank juga aka

Teknik Meningkatkan Paparan Blog

Imej
Penulis : Umi Arbee Ali Guru Online : Anys Idayu Zakaria Sumber : ABDR Uniknya Bergabung dengan ABDR Entri pertama saya di blog ini bertarikh 13 April 2015. Sehingga ke hari ini lebih kurang 2 bulan sudah berjaya mencuri perhatian pembaca 1,006 pageviews. Ada tekniknya yang percuma sahaja boleh diusahakan sendiri tak perlu bayar iklan. 1. Menulis tentang kebaikan produk/servis, bukan nawaitu menjual semata-mata. Usah segan sebarkan kebaikan. Masih ada anak dara yang tak pandai menumbuk membuat sambal belacan asli kan. 2. Tajuk sangat penting. Fikirkan tajuk yang sekali imbas pembaca tertarik. Letak diri dalam kasut pembaca. Jadilah wartawan Harian Metro. 3. Bercerita dalam penulisan. Elakkan promosi iklan terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan selang seli selitkan cerita, nasihat, tips yang berguna. Pelik juga kedai kain kedai perabot setiap hari jualan murah cuci gudang. 4. Jadi lebih k

Pengalaman Memulakan Bisnes Makanan

Imej
Cabaran kami bermula dari untuk mendapatkan modal perniagaan. Modal tersebut untuk digunakan mengubahsuai bahagian bawah rumah kami untuk dijadikan bengkel dan juga untuk membeli peralatan yg berkaita seperti mesin.  Untuk permulaan kami telah berjaya membuat pinjaman dengan TEKUN NASIONAL sebanyak 20k disamping dengan simpanan sendiri yang tidak seberapa. Setelah semuanya selesai, dengan rasminya bisnes kami bermula.  Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk mencari pelanggan. Sebelum kami mula jual produk kami kepada pelanggan, kami telah menguji terlebih dahulu produk kami dengan cara memberi ujirasa kepada penduduk setempat, rakan-rakan, jiran-jiran, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan sebagainya. Setelah mendapat respon yang baik, baru la kami mula membuat pengeluaran produk makanan sejukbeku iaitu karipap frozen, beberapa jenis pizza frozen, pau dan juga samosa frozen. Pengalaman suka duka yang kami hadapi untuk memulakan bisnes ini, kami terpaksa membawa anak

Ada Apa Dengan #Hashtag?

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Dalam group whatsapp dengan kawan-kawan, ada cerita tentang kebaikan simbol # untuk entri di blog, facebook dan Instagram. Nanti senang nak cari semula perkara/nota atau perkataan yang ditandakan # tu. Jejak carian di Google pun mudah terpapar di mukasurat pertama.  Sekarang # dimana-mana pun akan keluar. Saya ni baru ambil tahu pasal #, lagipun saya kurang aktif di facebook. Cuma rajin menulis di blog ini sahaja, itupun bukan buka blog setiap hari. Entri yang keluar tu dah set siap-siap (scheduled post) untuk sekian hari guna Auto Publish . Tapi nak kena cuba la guna simbol # dalam blog ni. Jadi saya pun minta tolong Encik Google cari tentang # dan tertarik dengan perspektif seperti di bawah ini. Bagi yang belum tahu atau kurang tahu macam saya, jom kita sama-sama baca. Sumber daripada http://iniperspektifku.blogspot.my/2013/04/fanatik-hashtag.html Hashtag merupakan simbol # yang sememangnya ada di semua gadget yang mempunyai keyboar

Kelas Blog Online Untuk Semua Golongan

Imej
Penulis : Faten Fattah Guru online : Pn. Zaila Mohamad Sumber : ABDR Ulasan Kelas Asas Blog Fanpage & Beriklan di Instagram.  Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad. Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri. Sudah 2 min

Kelas Blog di Whatsapp

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Screenshot Tahun lepas, sebelum saya menyertai ABDR, saya tidak ada akaun facebook pun. Saya cuma tumpang facebook suami kalau perlu sahaja. Saya tidak ambil tahu sangat pasal aplikasi pada masa itu - Whatsapp ke, Wechat ke, Viper ke, Line ke. Agak ketinggalan di situ sebab belum guna smartphone ;p Selepas mendaftar dengan ABDR, barulah saya belajar buat akaun facebook dan blog sendiri dengan panduan daripada guru online melalui nota dan tips penulisan dalam group rahsia kami di facebook. Ramai rakan-rakan kelas serta boleh berkongsi idea dan pendapat. Tapi sekarang, ada macam-macam cara hendak belajar. Ada ilmu yang berbayar dan ada ilmu yang boleh didapati secara percuma sekiranya rajin mencari.  Kenapa perlu belajar menulis di kelas blog? Sebab semua orang sudah ada bakat menulis sejak zaman sekolah rendah lagi, boleh mengarang ayat ikut suka hati. Tetapi perlu ada perbezaan untuk menulis blog yang berinformasi supaya mend

Pilih, Daftar Dan Mula

Imej
Apa pilihan kelas popular di ABDR? -Kelas asas blog dan penulisan. -Kelas asas mula bisnes online. Bagaimana sesi kelas ini berlangsung? -Selepas faham masalah/kehendak. -Pilih kelas. -Pilih kategori yuran. -Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka. -Daftar, analisa, masuk grup dan mula. -Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup. -Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada. Terkini, pendaftaran untuk Kelas Blog Penulisan Kreatif sedang berlangsung. Kadar yuran hanya RM 250 dan automatik diserap sebagai Pengurus Online ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi saya untuk pendaftaran dan pertanyaan tentang kelas atau pembelian ebook. Pengurus Online sms/whatsapp 013-2006586 Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/ FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil Email: ruslindajalil@gmail.com