Penggunaan Gear Automatik Yang Betul

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Peribadi

Selepas habis SPM tahun 1996, saya mendaftar masuk kelas memandu motorsikal di Sungai Petani, Kedah. Yurannya saya bayar menggunakan duit simpanan hasil bekerja sambilan. Tujuan saya ambil lesen memandu itu supaya saya dapat menggunakan motorsikal orang tua saya untuk ke pekan dan mudah ke tempat kerja sambilan. Abah tidak benarkan saya guna motorsikal selagi tidak ada lesen - diharamkan! Faktor keselamatan adalah yang utama dan kedua kalau kena saman, memang nahas saya nanti. Alhamdulillah, dua kali ujian lapangan barulah lulus ;)

Gambar anak saya di kedai alat permainan, cuba try test je.
Manakala lesen memandu kereta saya ambil di Kuala Lumpur selepas mendapat kerja tetap di sini pada tahun 2000. Saya ambil masa lebih 6 bulan untuk kelas belajar memandu sebab pada masa itu, saya memang zero tentang kereta, tak kenal pedal minyak ke brek ke, punat viper, signal dan seumpamanya. Pakcik kelas memandulah yang mengajar asas memandu dan memperkenalkan serba sedikit komponen kereta yang kerap digunakan. Masa tu belajar memandu guna kereta Kancil manual. Alhamdulillah, sekali ujian lapangan dah lulus ;)

Kalau bagi saya kereta automatik, memang saya tidak pandai pandu. Orang kata lebih senang pandu kereta auto, tekan pedal minyak sahaja tapi maaflah saya lebih suka kereta manual. Walaupun bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur yang selalu sesak ni, saya masih menggunakan kereta manual. Suami saya ada ajar cara memandu kereta automatik tapi saya tak dapat nak ingat gear automatiknya.

Saya terbaca di facebook tentang penggunaan gear kereta automatik, jadi saya simpan disini untuk rujukan saya nanti.

Sumber: Fb Rahsia Hawa

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul..ramai yang selalu tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda.

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj.

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

L - Low gear, gear pertama.

Betul ke? Hmm..siapa yang biasa pandu kereta automatik lebih tahu. Nanti saya cuba tapi tak tahu bila kerana saya adalah penunggang motorsikal tegar ;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku