Fokus Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil 

Pada suatu masa dahulu, anda pernah ada blog atau sudah ada blog tetapi blog bersawang kerana tiada idea menulis, rasa terbejat buntu lalu blog pun membeku kaku.

Memang normal kadang-kadang kita hilang arah dalam penulisan, tergelincir dari fokus asal penulisan blog menyebabkan usaha kita terhenti separuh jalan. Kecewa.

Di ABDR, kami diajar untuk menulis dengan menggunakan 5 label utama yang bakal memberi banyak impak pada penulisan di blog.

Pertama, catatan harian. Setiap hari pasti ada kejadian baru dalam kehidupan. Tulis dan kaitkan dengan fokus blog. Tukarkan situasi yang tidak menyenangkan kepada susunatur ayat yang memberi biasan positif supaya aura negatif tidak singgah kepada kita sebagai penulis atau pembaca.

Kedua, catatan pengalaman. Ceritakan pengalaman bisnes, pengalaman kerja serta banyak lagi catatan pengalaman yang boleh diceritakan. Setiap orang tidak sama pengalamannya dan boleh dimanfaatkan untuk orang lain.

Belajar lagi bersama guru online yang dedikasi di ABDR dalam Kelas Asas Blog Penulisan mahupun Kelas Asas Blog Bisnes untuk mengetahui FOKUS blog anda.

Semuanya di hujung jari kerana kelas / produk ABDR 100 % secara atas talian. Kita berkongsi manfaat menulis sebagai sedekah kepada pembaca.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku