Cara Usahawan Online Mengawal Emosi

Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripada urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.

Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.

Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.

Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.

Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidak sabar dan pelanggan yang banyak cakap.

Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk membantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layanan terbaik setiap pertanyaan.

(Sumber : Ebook 101 Idea Home Based Bisnes)


Dapatkan promosi ebook Oktober 5 Ebook RM100 sahaja. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku