Bagaimana Memulakan Bisnes Online
Penulis: Noor Azila Mohamad
Gambar: ABDR
Ulasan Ebook: 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, setelah baca ebook ini, semua persoalan
selama ini telah terjawab. Walaupun saya telah lama bermula dalam bisnes
online, tetapi apa yang ada dalam ebook ini tetap menjadi amalan saya sehingga
kini. Dulu sebelum bermula, terlalu sukar untuk mencari buku atau ebook tentang
bagaimana ingin memulakan bisnes online, tetapi kini, dengan adanya ebook ini,
sangat-sangat membantu untuk yang ingin bermula.
Dulu sebelum saya bermula, pelbagai badan-badan kerajaan dan
pihak yang ingin menawarkan pinjaman perniagaan, mudahkan? Di universiti juga,
kita di ajar untuk membuat kertas kerja untuk memohon pinjaman perniagaan.
Tahukah anda?, itu adalah perangkap yang sangat berbahaya. Elakkan berhutang
untuk memulakan perniagaan. Dalam ebook ini, terdapat panduan asas untuk
bermula tanpa modal. Antaranya, tidak memulakan bisnes dengan berhutang, tidak
memulakan dengan modal yang besar, belajar asas berniaga dan berjualan, belajar
asas bina kedai online pertama, urusniaga pertama, jualan pertama dan belajar
asas bisnes dan tahap perkembangan berperingkat. Dalam ebook ini juga ada
panduan atau strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal
sebagai faktor utama.
Dropship?
Perkataan yang paling popular pada masa kini. Semuanya ada
di terangkan di dalam ebook ini. Ada yang memandang rendah pada 'dropship',
mungkin kerana margin keuntungannya tidak begitu besar, tetapi mereka lupa,
bahawa untuk bermula bukanlah keuntungan yang menjadi faktor utama, tetapi
belajar dan fokus dahulu cara pemasaran yang betul. Jika kita ingin bermula
dengan lambakan stok, tetapi tidak mahir dalam pemasaran, bagaimana sekiranya,
barang jualan tidak mendapat sambutan, kita akan menghadapi masalah dalam
pusingan modal seterusnya. Jom berkuli dahulu sebelum menjadi tuan.
Secara ringkasnya, di dalam ebook ini, pelbagai panduan
berguna untuk yang ingin memulakan perniagaan, sama ada secara online atau pun
offline. Bermulalah dengan mencari ilmu
agar kita tidak mengambil jalan jauh dengan mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. In shaa Allah, usaha, doa dan
tawakkal..semoga berjaya :)
Tinta Pengarang
Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online
Mahu sertai ABDR? Kami mengalu-alukan anda.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan