Cara Mengelak Kebocoran Wang Perniagaan
Sumber: Puan Zaila Mohamad
Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi
lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah,
hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi
WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi
tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas
saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar
dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya
jalankan ini.
Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang
ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk
menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja
sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk
menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di
hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan
segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.
Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas
dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran
tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan
kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod
harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi
satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau
boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak
kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi
duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli
barangan keperluan peribadi kita.
Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas
untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga
(quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga
secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan
dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada
setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu
disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak
untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan
bulanan juga.
Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun
perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri
berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai
"gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga
untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua
nanti.
Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini.
Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk
dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan.
******************************************************
Pendaftaran kelas akaun secara online dan offline masih dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Ulasan
Catat Ulasan