Blog Trend Usahawan Online
Usahawan Internet yang terkenal iaitu Irfan Khairi mengatakan kepentingan blog kepada usahawan berniaga. Jika anda masih belum memiliki blog, mari baca apa
kata Usahawan Internet tersebut.
Blog, kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh
mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa
sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan.
Daripada hobi, ke politik hinggalah ke agama.
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam
merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat
contoh blog saya ini IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan,
kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan
produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat
100-200 orang pelawat blog anda setiap hari. Blog IrfanKhairi.com pula menerima
lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa
2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah
membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
****************************************************
ABDR menyediakan 3 jenis kelas blog yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.
Kelas Blog Penulisan - menulis berdasarkan minat, kemahiran
dan kepakaran sedia ada, contohnya anda minat memasak. kongsikan resepi,
rahsia, tips-tips masakan di dalam blog Ianya boleh dijadikan panduan kepada
pembaca yang mengikuti penulisan anda dan secara tidak langsung blog anda akan
menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran, menukar pembaca kepada prospek
pelanggan.
Kelas Blog Bisnes - membina kedai atas talian (online)
berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik,
produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah
yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang
hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, anda
dinasihatkan untuk memilih Kelas Blog Bisnes.
Kelas Penulisan Kreatif - anda ada idea untuk menulis cerita
dan mahu menghasilkan cerpen / novel sendiri. Belajar menggunakan ayat dan
tertib yang betul daripada guru berpengalaman menulis.
Pilih kelas yang ingin anda ikuti dan hubungi saya.
Pengurus
Online
sms/whatsapp
013-2006586
Blog:
http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB:
https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email:
ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan