Tadika Atau Pra Sekolah?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Sekiranya anda ada anak yang berusia 6 tahun, tentu pening hendak memilih sama ada mendaftarkan anak ke tadika atau pra sekolah sebagai persediaan sebelum masuk darjah 1 pada usia 7 tahun nanti.

Saya pun menghadapi situasi yang sama dan risau dengan keputusan yang diambil, adakah tepat atau memberi kesan pembelajaran kepada anak itu.

Belajar dimana pun sama sahaja matlamatnya, untuk melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Akhirnya saya memilih pra sekolah. Kenapa?

1. Anak sulung saya sudah belajar di tadika swasta pada usia 5 tahun. Dalam satu tahun itu dia belajar banyak perkara dan menjadi sangat bijak berfikir, bercakap, menulis, bergaul dengan orang lain, berdikari, menjaga barang sendiri dan memahami keadaan sekelilingnya.

2. Saya mahu dia tukar suasana pembelajaran di tempat lain supaya dia bersedia menghadapi tahun persekolahan rendah yang sebenar nanti.

3. Lain-lain sebab.

Saya tahu dia seorang yang bersemangat dan boleh menyesuaikan diri dalam apa situasi. Dia tidak akan menangis atau takut ditinggalkan setelah diterangkan dimana dan kenapa dia berada disitu. Dia juga suka mencuba sesuatu yang baru.

Saya pernah tanya, sama ada dia mahu ke tadika lama atau sekolah baru. Dia kata nak dua-dua, semua seronok. Sebab ada mainan dan kawan-kawan.

Jadi kesimpulannya jika sebelum ini anda sudah hantar anak ke tadika, tahun berikutnya bolehlah ke pra sekolah. Tempat terhad.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku