Apa makna P.O.S?
Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri
Rumah Lelong # 3
P.O.S adalah singkatan bagi perkataan Proclamation Of Sale atau
Perisytiharan Jualan.
Anda boleh survey senarai rumah lelong di laman web seperti PropertyGuru.com, Public Auction House, Rumah Lelong Panas, Ng Chan Mau, Lelong Tips dan banyak lagi. Manakala untuk melihat senarai rumah yang hendak dijual oleh pemilik (subsale) di sekitar KL, Putrajaya dan Selangor, saya suka ke Rescom Realty.
Apabila anda klik pada rumah yang anda berkenan, akan ada satu pautan yang mengandungi maklumat am tentang rumah tersebut. Contohnya keluasan, harga rumah lelong, tarikh dan tempat lelongan diadakan, disertakan dengan pautan P.O.S. Anda boleh terus baca dan cetak.
Atau,
Anda boleh dapatkan salinan P.O.S ini daripada agen / pihak pelelong, minta mereka email / faks kepada anda. Sila baca dengan teliti dan buat pertimbangan yang sewajarnya.
Atau,
Anda boleh dapatkan salinan P.O.S ini daripada agen / pihak pelelong, minta mereka email / faks kepada anda. Sila baca dengan teliti dan buat pertimbangan yang sewajarnya.
Isi kandungan P.O.S itu adalah maklumat tentang rumah
tersebut, syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggunggan, apa yang bank
cover dan sebagainya.
Contoh P.O.S. |
Tunggu entri seterusnya. Bank apakah yang menjadi pilihan saya untuk pinjaman perumahan?
Ulasan
Catat Ulasan