Bercuti Ke Bandar Hilir dan Afamosa

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Untuk menggembirakan anak-anak tersayang, saya dan suami membawa mereka melancong ke Melaka. Bukan main suka dapat naik beca dan mandi di kolam. Kami dah rancang sejak hujung tahun 2014 lagi. Kebetulan dapat beli tiket murah daripada kawan suami. Tapi banyak kali juga tertangguh kerana hal-hal keluarga dan anak sulung jatuh sakit pula. Saya dah janji dengan anak, kalau dia senang makan ubat, minum air masak banyak dan cepat sembuh, barulah boleh pergi jalan-jalan.

23 Januari 2015 (Jumaat)

Untuk mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Plus (terutama ke Tol Sg Besi), kami memandu ikut MEX Highway keluar ke Nilai. Maklumlah, jalanraya utama memang sesak selepas waktu pejabat. Bergerak dari rumah jam 9.30 malam dengan kelajuan santai 90-110km/j. 

Anda akan sampai susur Simpang Ampat dahulu. Kalau anda hendak ke Afamosa Resort, anda kena keluar susur ini. Tetapi jika anda hendak ke Bandar Hilir, anda kena keluar susur seterusnya iaitu susur Ayer Keroh-Bandar Hilir.

Kami sampai di Bandar Hilir, Melaka jam 12.30 malam. Jalan-jalan di Dataran Pahlawan tengok beca meriah berlampu. Kemudian kami meronda dalam uptown yang menjual pakaian, keychain, perhiasan diri dan sebagainya. Uptown di sini kecil sahaja, tak macam uptown di Cheras atau Danau Kota - havoc!. Kebanyakan jalan di sini adalah jalan sehala, mungkin untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Tapi dah lewat malam ni mana ada kereta lagi, semua dah balik tidur daa.

Jam 3.00 pagi barulah kami check-in di Hotel Bendahara, ada tempat letak kereta yang selesa dan bilik yang selesa juga. Kami ambil bilik tidur 1 katil queen dan 1 katil single hanya RM 128 dengan sarapan. 


 24 Januari 2015 (Sabtu)

Jam 11.00 pagi kami dah check-out dari hotel. Anak-anak dah tak sabar nak main air di Afamosa Water Theme Park. 

Kami ke Dataran Pahlawan mencari kedai makan untuk mengisi perut. Kami redah sahaja dan menuju ke Asam Pedas Jr tapi menu belum siap lagi. Kami berjalan ke kedai makan hujung sekali, ada kaunter jual minuman. Belasah sahaja apa yang ada.

Selepas makan, kami ronda-ronda di kedai kraftangan dan cenderahati di sebelah Asam Pedas Jr. Barulah terjumpa kedai makan Selera Kampung yang macam best je. Tak pe, lain kali boleh datang cuba makan di situ pula.

Bila nampak beca, anak perempuan ajak naik beca Frozen, yang anak lelaki pula nak naik beca Transformer. Harga menaiki beca RM25, anda akan dibawa pusing ke beberapa muzium, melihat pokok Melaka, tugu 1511, lalu depan kapal layar, kapal TLDM. Kata abang beca tu, bayaran untuk naik ke kapal tu RM3 tapi boleh menggunakan tiket yang sama untuk masuk ke 2 muzium berdekatan. Jadi kalau anda dah beli tiket tu, jangan di buang. Nanti kena beli tiket lain pula. 

Kemudian kami ke Dataran Pahlawan semula sebab mama nak naik Menara Taming Sari hehe. Bayaran bagi pemegang Mykad adalah RM 10 dan anak RM5, manakala bagi warga asing RM 20 dan anak RM10. Selepas bayar harga tiket di kaunter, kita berjalan masuk dan mereka ambil gambar kita. Nanti sebelum balik kalau kita nak gambar itu untuk kenang-kenangan, kita beli di kaunter gambar. Kalau ambil 1 set yang mengandungi 1 gambar besar, 1 gambar kecil dan 1 bebola salji (dalam tu ada gambar kita) berharga RM 60. Kalau ambil 1 gambar besar sahaja RM 35.


Melalui Menara Taming Sari ini, kita dapat lihat pemandangan sekitar Bandar Hilir dari ketinggian 80 meter. Menara ini akan pusing 360*, jadi kita dapat lihat seluruh bandar dan Laut Selat Melaka. Kalau orang gayat memang tak mahu naik menara berpusing ini, nanti jadi merana (terbalikkan menara).

Sempat lagi mengurut kaki dengan orang buta di situ, RM10 bagi 15 minit. 

Sebenarnya ada satu benda yang kami tidak naik, iaitu duck boat. Kata orang lebih seronok naik duck boat ini pada waktu malam barulah menarik. Tak pe, lain kali kami akan datang lagi ke sini.


Jam 2.00 petang barulah kami bergerak ke Afamosa Water Theme Park. Dari Bandar Hilir ke susur Simpang Ampat memakan masa 1/2 jam. Selepas tol, belok ke kiri dan apabila nampak Balai Polis Simpang Ampat, belok ke kiri lagi. Selepas itu terus sahaja sampai jumpa Afamosa di sebelah kanan. Ada kolam patung ikan lumba-lumba menyambut anda.

Di pintu gerbang tu, anda diberi tiket masuk, jangan hilangkan nanti kena bayar denda. Selepas itu ikutlah papan tanda ke Water Theme Park, kena masuk ke dalam lagi. Dah sampai tu kena bayar parking RM3 sekali masuk.

Harga tiket ke Afamosa Water Theme Park bagi dewasa adalah RM45, kanak-kanak RM 37. Disebabkan kami dah ada tiket, jadi kami hanya tukar tiket di kaunter khas. Nasib baik Afamosa Water Theme Park ini tutup jam 7.00 petang, dapatlah anak-anak bermain air sampai kecut haha. Tapi tak lah best sangat, biasa sahaja macam kat tempat lain juga. Masa main air ni kami tak ambil gambar sebab semua barang disimpan dalam loker berkunci yang menggunakan token berharga RM 4.

Bila dah sejuk menggigil dan tamat masa, barulah kami bersalin baju. Semua kedai-kedai dan kaunter dah tutup. Anak-anak sampai tidak boleh berjalan sebab kejong. Sampai minta dukung, banyak cantik kan. 

Sebelum keluar tol untuk balik ke Kuala Lumpur, kami singgah makan malam di tepi jalan iaitu Rimbun Corner. Kebetulan hari hujan pulak, rasa sedap je makanan di situ. Ada jual burger dan nangka madu juga. Ada kedai runcit kecil dalam tu. Harga makanan pun tak lah murah, macam harga di KL juga.

Jam 8.30 malam barulah kami bergerak balik. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Plus Utara-Selatan, saya dan anak-anak tertidur kepenatan manakala suami memandu penuh tekun hingga selamat sampai depan rumah..hahaha.

Tak puas lagi melawat Melaka dan insya Allah kami akan datang lagi :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku