Khidmat Jahitan Ringan
Penulis: Sariah Awang Senik
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Kelas Asas Blog Penulisan
Di samping menjalankan segala tugasan di rumah, ada beberapa
masalah yang agak remeh temeh yang sering kita hadapi sebagai seorang surirumah
ataupun pekerja. Pernah tidak anda menghadapi masalah, iaitu ketika hendak ke
sesuatu majlis ataupun kenduri, kita menghadapi masalah tentang pakaian kita?
Memang bukan semua daripada kita bukanlah berasal daripada golongan yang kaya ,
yang tidak menghadapi masalah tentang duit dan sebagainya. Hampir kesemua
daripada kita berasal daripada golongan sederhana.
Kadang di rumah, terdapat banyak pakaian yang koyak di
sana sini tetapi masih elok dan boleh di pakai lagi. Ada juga pakaian yang
butangnya telah tercabut ataupun zip baju atau seluarnya telah rosak tetapi
semuanya nampak masih baru lagi. Sebenarnya semua pakaian tersebut boleh di
perbaiki dan kita masih boleh memakainya . Atau terpulang kepada kita untuk
menjualnya kembali sebagai pakaian terpakai ataupun menderma kepada golongan
yang memerlukannya. Di kedai-kedai yang ada sekarang tidak banyak yang memberi
khidmat seperti ini iaitu memperbaiki semula pakaian yang rosak . Memang ada
tetapi amatlah terhad.
Untuk pengetahunan semua, saya telah lama menjalankan
aktiviti ini di rumah sejak saya telah berumahtangga hingga lah kedua-dua anak
saya meningkat remaja. Pernah suatu ketika saya terlihat di sebuah pasaraya
besar yang menawarkan khidmat ini.
Khidmat jahitan yang di beri adalah :
- Membaiki zip baju atau seluar yang rosak
- Menukar butang yang rosak atau hilang kepada yang baru
- Memotong seluar ataupun baju jika terlalu panjang
- Mengecilkan baju
- Menjahit poket seluar yang koyak
- Menjahit langsir dengan jahitan yang ringkas
- Menjahit lencana sekolah
Semua khidmat jahitan ini saya lakukan hanya dirumah.
Walaupun hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana, namun ianya amat
memuaskan hati saya sebagai pendapatan sampingan. Harganya amatlah berpatutan.
Berkenalan dengan penulis blog / pengurus online ABDR Sariah
Awang Senik. Singgah di blog http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/01/mengambil-upah-jahitan-jahitan-yang.html
******************************************************************************
Pendaftaran setiap hari di Akademi Bekerja Di Rumah.
1. kelas asas blog penulisan - khas untuk mereka yang mahu
belajar menulis dan berkongsi kepakaran melalui penulisan blog, untuk mereka
yang sudah ada blog belaapjar berkongsi link dengan alumni ABDR untuk menbantu
tarikan pelawat ke blog, belajar menulis secara konsisten.
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes - untuk usahawan yang
mahu menggunakan blog sebagai medium pemasara produk, untuk yang sudah ada produk
tapi belum ada blog. Untuk yang mahu belajar berbisnes secara online melalui
dropship ABDR.
3. Kelas akaun bisnes - belajar urus akaun bisnes secara
lebih sistematik.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula belajar dan
konsisten menggunakan blog untuk belajar menjana pendapatan.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan