Belajar Menulis Karya

Penulis / Sumber: Nurhidah Halun
Guru Online: Cikgu Monalita Mansor

ULASAN PELAJAR KELAS PENULISAN KREATIF

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-

1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog.

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5) Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6) Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7) Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8) Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

Baca lagi di blog beliau http://nurhidahhalun.blogspot.com/

Anda yang berminat mempelajari kaedah menghasilkan blog dan menulis cerpen dalam kelas penulisan kreatif, boleh menghubungi saya. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku