Usahawan Dan Pelanggan Online
Ulasan pembaca.
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan
dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).
Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan
dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak
menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan.
Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya
pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.
Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan
barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos
penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan
secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang
santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan
perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang
dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online
yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas
pesanan pelanggan.
Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para
usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada
usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes
mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika
khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka
berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran
yang lebih luas juga pulangan yang berganda.
Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang
menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam
bisnes yang dijalankan.
Teruskan membaca di http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html
RM 30 (harga asal RM 50)
Bonus satu ebook pilihan dengan pembelian ebook ini.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan