5 Rahsia Bilik Hotel
Kepada anda yang suka melancong dan menginap di hotel, sila baca demi kesihatan anda. Saya pun baru terbaca ni sebab kami anak-beranak suka melancong dalam negara, bajet ciput je ;), tak kan nak balik hari kalau perjalanan jauh, mestilah bermalam di hotel dahulu untuk menghabiskan cuti atau cuti hujung minggu.
Sumber: http://www.vvip.my/2014/10/awas-5-rahsia-bilik-hotel-yang-wajib.html
Sumber: http://www.vvip.my/2014/10/awas-5-rahsia-bilik-hotel-yang-wajib.html
5 Rahsia Bilik Hotel
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya diberi
masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di
hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi
kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut
anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya
menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi
hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera
tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di
bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap
dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan
yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak
pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel, siapa yang tidak sukakannya?
Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon,
seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek
air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m
terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus
untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang
benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika
lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut
di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan
Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu.
Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia
tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad
elektronik mudah dibuka — tidak kiralah sama ada oleh orang luar ataupun staff
hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu
adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke
dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai
air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda
bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan
racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas
pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah
dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air
yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini
memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi.
Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2
minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati
muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun
di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai
kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di
tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel
mewah, kedua-duanya tidak selamat.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi
nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan
air mineral untuk minum.
Ulasan
Catat Ulasan