Kedai Dalam Talian
Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi sendiri
Selamat bersantai di hujung minggu kepada semua suri. Hujung
minggu sangat dinantikan untuk bebas dari tugas pejabat bagi suri bekerja macam
saya. Dulu semasa saya bekerja shif, hujung minggu tiada maknanya kerana waktu bekerja tidak menentu. Orang tidur, saya bekerja. Orang bekerja, saya tidur. Letih minda dan fizikal kerana bekerja macam robot dan tidak perasan waktu siang atau malam.
Tapi sekarang, alhamdulillah dapat bekerja waktu pejabat (kadang-kadang sahaha kena keluar kawasan). Masuk kerja pagi, petang dah balik boleh ambil anak di nursery dan memenuhi permintaan anak-anak untuk bermain di taman.
Di kawasan perumahan saya ada taman permainan mini tetapi
terlalu ramai kanak-kanak. Kesudahannya nanti, anak-anak saya akan bermain
pasir sahaja kerana semua alat permainan sudah penuh.
Untuk tidak menghampakan mereka, sekiranya suami saya dan
saya sendiri tidak bekerja di hujung minggu, kami akan membawa anak-anak
bermain di Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa atau Padang Awam
Selayang untuk bermain layang-layang. Seronok tengok gelagat mereka dan
kanak-kanak yang lain di situ. Kami bawa dua buah bola untuk bermain sama-sama.
Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka
butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan
kedai kecil. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja
melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu
menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.
Untuk mereka yang baru mahu mula belajar bisnes, sertai
kelas online blog mula bisnes. Belajar hasilkan blog kedai online. Anda akan
belajar :-
- membuat tempahan
- menerima transaksi
- mengurus pelanggan
- belajar skrip jualan
- produk fizikal atau produk digital
- makanan sunnah
- telekung solat
- produk makanan
- produk islamik
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.
Pengurus Online
https://www.facebook.com/ruslindajalil
Ulasan
Catat Ulasan