Rumah Lelong # 1

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Sendiri

Sob..sob, perasaan sedikit kecewa kerana rancangan nak masuk bida sebuah rumah lelong tapi call-off di saat akhir. Baru pertama kali hendak mencuba nasib, tapi tak mengapa saya akan cuba lagi. Mesti!

Anda pernah cuba bida / membeli rumah lelong? Macam-macam rasa ada dalam perut dan fikiran kan. Rasa gelisah, gemuruh, seram sejuk, pening, mual, eh..eh mengalahkan orang mengandung :)

Saya dah survey rumah lelong yang berpotensi dan berpatutan dengan sumber kewangan saya. Kenapa rumah lelong? Sebab harga hartanah di Kuala Lumpur ni sangat menakjubkan. Apartment untuk dijual 650sf pun dah mencecah RM150k! Bila saya tanya agen, dia kata gaji suami isteri tidak boleh lebih RM5k sebulan untuk membeli rumah tu.

Kalau hendak beli rumah bertanah (teres) pula, rasa macam putus nafas tengok harganya. Setengah juta dan lebih lagi ada.

Kalau beli rumah lelong dapat la murah 20%-30% kan. Tapi kena rajin cari la. Bukan setiap masa ada rumah yang molek dengan harga dan poket kita.

Memang salah satu hobi saya adalah membaca tentang jualbeli / lelong rumah. Saya mahu menyediakan 'payung sebelum hujan'. Sementara masih ada sumber pendapatan dan makan gaji, saya mahukan rumah (atau beberapa buah rumah-Insya Allah) sebagai aset saya di hari tua dan boleh di jual semula apabila memerlukan wang tunai segera untuk keperluan mendesak seperti anak-anak menyambung pengajian kelak atau kecemasan lain.

Mari saya ceritakan pengalaman saya hendak masuk bida rumah lelong tapi call-off di saat akhir. Tak sempat ke tempat lelong pun, dah kecundang sebelum bertarung dengan tukul :)

Untuk pertama kali ini, saya melalui seorang agen hartanah yang sudah lama dalam bidang ini, En. Izwan. Boleh je pergi / buat sendiri tapi saya belum yakin.

Selepas menghubungi En. Izwan untuk menyatakan khidmat yang saya mahukan, dia daftarkan saya dengan pelelong. Jadi ingat, semasa anda mendaftar untuk masuk proses lelong, anda hendaklah memberikan maklumat peribadi yang dikehendaki dengan betul. Jangan bagi nama samaran atau alamat palsu.

Proses lelongan yang saya sertai akan berlangsung jam 3.30 petang. Agen dah pesan suruh datang jam 2.30 petang bersama kad pengenalan dan bank draf. Jadi jam 10 pagi barulah saya pergi ke bank buat bank draf  itu. Tetapi jam 1130 pagi hari yang sama, agen telefon memaklumkan rumah yang saya hendak bida telah call-off :(

Memang saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana telah dinasihatkan oleh agen supaya tidak menaruh harapan dan jangan beli bank draf terlalu awal.

Sebelum hari lelongan, kita mestilah selidik tentang hartanah yang kita kehendaki itu. Pergi tengok keadaan rumah tu, mana tahu macam rumah hantu ke rumah tinggal ke. Kalau boleh cek yuran selenggara sekali (untuk flat/apartment/condo), mana tahu dah bertahun tertunggak.

Macam kes saya, suami pergi skodeng rumah yang kami nak bida tu pada waktu malam. Rumah tepi sekali (endlot). Pemerhatian dari luar nampak keadaan rumah tu baik je, ada pintu bergril, mungkin rumah keluarga kelamin. Kalaulah saya menang rumah itu.

Baca P.O.S tu betul-betul, berapa peratus kena bawa deposit semasa hari lelong nanti 5% atau 10%. Sama ada bank akan tanggung tunggakan cukai / bil selenggara / bil air dan elektrik.

Perlu bersedia dengan wang tunai di tangan untuk membayar beza harga berjaya bida nanti. Tapi ingat, tetapkan had anda, harga yang anda mampu. Jangan ikut hati. Banyak lagi rumah lain. Pastikan harga lelong dibawah nilai pasaran.

Semak juga kelayakan pinjaman bank anda. Kalau banyak komitmen, berhati-hatilah. Mana nak cekau duit nanti.

Fuhh..kebas jari jemari menaip guna telefon bimbit, dah la telefon kecik, tulisan pun kecik. Mata pun dah kecik ni.

Nanti saya sambung cerita pengalaman membeli bank draf. Nak buat apa dengan bank draf tu, macam mana rupanya. Apa benda P.O.S tu, Poslaju ke. Hahaha, tunggu..

Mr. Bear ini tiada kaitan dalam cerita ini, saje nak interframe.
Jumpa lagi :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku