Apa makna Nasi Gemuk?
Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi sendiri
Emosi: Sengal
Dialog ketika makan pada suatu malam di rumah saya.
Gambar: Koleksi sendiri
Emosi: Sengal
Dialog ketika makan pada suatu malam di rumah saya.
"Mama, abang tak nak nasi gemuk". Saya dan suami terpinga-pinga.
"Mana nasi gemuk?". Lalu anak menunjukkan ketul-ketul kecil nasi yang tidak digaul dengan kuah.
"Oh, meh sini mama gaulkan", sambil mama tersenyum simpul. Ingatkan apa tadi. Rupanya dia tak mahu ada nasi yang masih nampak warna putih, dia nak semuanya kena kuah. Nasi yang belum digaulkan masih nampak berketul dan gemuk ;)
Anak-anak saya suka makan nasi, setiap malam mesti masak nasi. Mesti ada kuah sup ke, asam pedas ke, kari ke, sebab mereka tahan pedas. Tapi mereka kurang makan lauk sebab di nursery pun tak berlauk sangat. Kata cikgu, takut kanak-kanak tercekik tulang.
Esok pagi kalau ada nasi lebih, saya rasa hendak buat nasi goreng. Tapi mereka macam hendak menangis tak mahu nasi goreng. Kenapa? Rupanya di sekolah setiap hari ada nasi goreng sama ada untuk sarapan atau makan petang. Hmmm, patut la. Mungkin dah muak kot. Tapi nasi putih nak je.
Motif di sini? Saja nak cerita. Jangan marah :)
Ok lah, siapa yang nak tengok baju kurung, boleh tengok di Butik Online saya kot-kot ada yang berkenan.
Siapa yang hendak tengok kelas online yang di tawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah, boleh tengok di sini juga. Bisnes dropship pun ada. Ebook untuk santapan minda pun ada.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada guru dan rakan-rakan ABDR, rakan blogger, rakan fb, pelanggan butik dan pembaca blog ini.
Yang Benar,
Pengurus Online

ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586
hoho...sya igtkan apalah nasi gemuk tadi.
BalasPadamHehe..anak-anak bercakap lurus je kan :)
Padam