Ulasan Kelas Asas Akaun Online
Penulis: Nurhidayah Bahari
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor
Ulasan Kelas Asas Akaun Online
Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para
WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih
mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.
Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan
nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah
Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.
Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO
merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya
dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.
Kelas ini sangat memberikan kejutan!
Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan
untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk
perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan
satu akaun bank khas menunjukkan kita serius di dalam perniagaan dan ingin pergi
lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.
Namun realitinya apa yang kita buat?. Wang perniagaan dan
wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi.
Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi
kebiasaannya. Kan?
Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah
direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.
Namun realitinya?. Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau
RM1,000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya?. Kita lupa dan kadangkala
kita buat-buat lupa. Kan?
Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa
dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu
di dalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini
adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta
bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.
Teruskan membaca di blog beliau http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-akaun-online.html
******************************************************************
Jika anda berminat untuk baik pulih akaun bisnes, mari sertai kelas asas urus akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:
- Bengkel offline
- Kelas Online
- Personal Coaching
- Grup Coaching
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586
Ulasan
Catat Ulasan