Pemulihan Kesihatan Selepas Bersalin
Ebook: Panduan 44 Hari Pantang Tradisional, Moden
Tulisan: Pn. Masayu Ahmad
Harga: RM 30
Baca sedikit kupasan tentang berpantang selepas tempoh kehamilan yang terdapat dalam ebook ini.
Bab 1: Tujuan rawatan pantang.
1.1. Tempoh rawat dan rehat.
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan
bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal
dan mental.
Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal
emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan
pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa,
isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk
merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh
cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil
untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan
peluang untuk menguruskan diri.
· Pemulihan
kesihatan dalaman.
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu
hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan
meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini
tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa
hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk
ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk
rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas
bersalin.
Manakala pemulihan dalaman seperti rawatan luka tempat
bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat
bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.
Koyakan semasa bersalin.
Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor.
Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung
semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan
perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada
bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan
dan rawatan yang sesuai. Contohnya, ibu yang mempunyai koyakan yang banyak,
perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan
urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan
untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti
urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan
semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk
meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita.
Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan
terbaik dan menjalani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga
keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses
rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan.
Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan,
perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan
berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan
juga berbeza dengan kelahiran secara normal.
Kalau hendak tahu lebih lanjut, anda boleh order ebook ini di Borang Tempahan. Selamat Membaca!.
Kalau hendak tahu lebih lanjut, anda boleh order ebook ini di Borang Tempahan. Selamat Membaca!.
Ulasan
Catat Ulasan