Cara Mengurus Masa dan Tenaga
Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah. Boleh juga
untuk suri bekerja luar rumah.
1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi
dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk
fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.
2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap,
mudah itu dan ini.
3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus
betul-betul, insya-Allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari.
Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati.
(Ingatan untuk saya sendiri).
4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu
selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai
semua yang kita senarai.
5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Mereka ahli syurga,
tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila
anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi 'hulk'. Sebelum mentol hulk
menyala merah bertukar hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.
6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang
anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja buk!
Baca lagi dalam Ebook Super Wahm Super Mom.
Jumpa lagi :)
Ulasan
Catat Ulasan