Matlamat Akademi Bekerja Di Rumah
Dari Meja Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad.
Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung
2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian
bertukar status bekerja di rumah.
Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai
panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot
dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari
rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.
Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan
penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga
motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya
hasilkan.
Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan
pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu
disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa
sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.
Mulakan dengan apa yang ada.
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada
atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambilan sebelum mengambil
keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat,
bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri
rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.
Akademi Bekerja Dari Rumah.
Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya
berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu
cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah
mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online
diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama
diperkenalkan. Kini lebih 800 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara
online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa
matlamat utama mahu belajar di kelas ini.
Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini
membantu anda?
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar.
(^_^)
KOMITMEN. KESUNGGUHAN. FOKUS & KONSISTEN
Anda sudah bersedia untuk menyertai saya di Akademi Bekerja Di Rumah?. Pendaftaran dibuka setiap hari untuk kelas online berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-Produk sendiri
-Dropship makanan sunnah
-Dropship produk makanan
-Dropship telekung solat
-Dropship produk islamik
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas asas wordpress
Baca dan fahamkan dulu kategori kelas. Pilih pakej yuran,
jejak dahulu rakan-rakan yang telah sertai kami. Bila sudah sedia boleh hubungi
saya untuk pendaftaran.
Pengurus Online
Sms/whatsapp 013-2006586
Jumpa lagi :)
Ulasan
Catat Ulasan