Bekerja Dari Rumah

Akademi Bekerja Dari Rumah adalah kelas secara online, rentetan berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 800 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.


Keunikan AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan kalian tak ada masa, itu sebab kelas ini fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk.
Produk kami sediakan. Jika sudah ada produk lagi ok.
Boleh pilih dropship ABDR - makanan sunnah, produk makanan, produk islamik atau telekung solat

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat kalian boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu.

Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, membina kenalan baru dan sebagainya.

Apakah uniknya akademi kami? 
Ya, memang unik. Kalau kita pergi kursus atau seminar yang lain, perlu himpunkan 2 atau 3 orang penceramah.

1. Penceramah kursus teknikal - iaitu langkah demi langkah.

2. Penceramah yang memberi motivasi.

3. Penceramah yang menyampaikan pengalaman dalam bidang tersebut contohnya dalam bisnes butik.

4. Kita ada kelas kursus kemahiran, iaitu buka kedai online, langkah demi langkah, jika ada produk boleh gunakan, jika tidak ada kami sediakan.

5. Bagaimana pula motivasi? Ia disampaikan oleh lebih 10 orang serentak dalam bentuk penceritaan dan ia ada dalam setiap buku yang kita berikan. Contohnya, ebook super wahm super mom ialah kisah realistik ibu-ibu yang berpendidikan yang mendahului merasai pengalaman pahit manis bekerja di rumah. Kita tidak jemput mereka tetapi perkongsian itu sudah ada dalam ebook. Jadi boleh baca bila-bila masa.

6. Manakala dalam kategori bidang, kalau pelajar itu suka buat kek maka ebook bisnes makanan adalah sesuai, kerana dalam itu sudah diberikan perkongsian pengalaman sebenar dalam bisnes makanan. Bukan seorang tetapi lebih dari 10 orang berkongsi kisah benar.

7. Apa lagi?
Kami sediakan pula tapak-tapak iklan, jadi selain belajar, mengambil ilmu dan mengambil inspirasi. Boleh pula melebarkan sayap dengan beriklan di rumah-rumah yang didatangi pelanggan. Rumah itu adalah blog, iaitu seperti lot-lot kedai. Kita ada lebih 800 blog yang membantu promosi bisnes sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.

Bila sudah sedia, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Jumpa lagi :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku