Kelas Online Penulisan Kreatif
Siapa ada bakat terpendam dan berminat menulis cerpen atau novel tapi tidak tahu bagaimana hendak menggilap bakat tersebut?.
Kalau nak tahu, Akademi Bekerja Di Rumah ada guru berwibawa untuk mengajar dan menajamkan bakat penulisan anda dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Kalau nak tahu, Akademi Bekerja Di Rumah ada guru berwibawa untuk mengajar dan menajamkan bakat penulisan anda dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang minat belajar
menulis cerpen dan novel. Belajar teknik yang betul bagaimana menulis cerpen.
Bila sudah mahir nak tulis novel pun tak jadi masalah.
1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk
melihat minat, kecenderungan dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus
blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang
kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku,
tugasan yang diberi, cerpen dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang
diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44
entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah
untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara
percuma bersama 2 e-book lain iaitu Belajar Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan
penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang
diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari
boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali atau seminggu
sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru
online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap
tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen).
Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya
akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung
pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu dan menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis.
Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi
komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab),
boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau
manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan
guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas
sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan
mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat ke? Boleh hubungi saya untuk pendaftaran.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
ruslindajalil@gmail.com
Terima kasih Ruslinda. Salah seorang pengajar kelas tersebut Puan Mazlia Murat merupakan bekas editor di sebuah syarikat penerbitan terkenal di Malaysia.
BalasPadamKedua-duanya guru terbaik penulisan kreatif ABDR ;-)
Padam