Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Kelas Online Penulisan Kreatif

Imej
Siapa ada bakat terpendam dan berminat menulis cerpen atau novel tapi tidak tahu bagaimana hendak menggilap bakat tersebut?.  Kalau nak tahu, Akademi Bekerja Di Rumah ada guru berwibawa untuk mengajar dan menajamkan bakat penulisan anda dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang minat belajar menulis cerpen dan novel. Belajar teknik yang betul bagaimana menulis cerpen. Bila sudah mahir nak tulis novel pun tak jadi masalah. 1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif? Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen dan travelog pengalaman.  Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat da

Pemulihan Kesihatan Selepas Bersalin

Imej
Ebook: Panduan 44 Hari Pantang Tradisional, Moden Tulisan: Pn. Masayu Ahmad Harga: RM 30 Baca sedikit kupasan tentang berpantang selepas tempoh kehamilan yang terdapat dalam ebook ini. Bab 1: Tujuan rawatan pantang. 1.1. Tempoh rawat dan rehat. Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental. Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek  pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan. Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh y

Jual Barang ke Jual Orang?

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Ada junior bercerita kepada saya tentang seseorang telah mengajak dia membuat 'side income'.  Malam pertama, junior diajak keluar minum dan lepak sambil mendengar tentang kejayaan sidia dan sidia dalam 'bisnes ini' dengan matlamat mencari pendapatan sampingan dan hendak membantu keluarga.  Malam kedua, junior dipelawa menghadiri 'event' untuk berjumpa lebih ramai orang yang telah berjaya. Gaya mereka berkarisma dan berkereta sport.  Yuran dikenakan RM80 dan junior akan di'bimbing' untuk mendapatkan lebih ramai orang dibawah junior nanti walaupun tiada jualan, junior akan tetap dapat pendapatan bulanan. Tetapi junior perlukan modal RM30ribu untuk menjayakan 'bisnes ini'. Kalau tiada wang simpanan, mereka boleh tolong aturkan pinjaman bank. Junior cuma perlu sediakan dokumen yang diperlukan sahaja. Cari lebih ramai orang menghadiri 'event' ini dan mereka akan tolong beri penerangan bagaimana hendak meny

Bengkel Offline Asas Akaun

Imej
Kepada anda yang terlepas mengikuti bengkel offline asas akaun yang lepas, anda masih berpeluang menghadirinya pada:- Tarikh: 11 Oktober 2014, Sabtu Lokasi: Shah Alam Masa: 9.15pg -5.15ptg Yuran hanya RM199 seorang Harga biasa RM220 Tempat sangat terhad. Makan tengahari dan air mineral disediakan. Sijil akan diberikan kepada setiap peserta. Modul 1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan 2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan 3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet) 4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk. 5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI???? 6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task. Bonus 1: Ebook asas blog Ebook 101 idea home based bisnes Bonus 2: 2 tahun periklanan di soho directory Bonus 3: Jaminan pulangan wang Pengurus Online Sms/whatsapp 013-2006586 ruslindajalil@gmail.com htt

Inspirasi Dan Motivasi

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Sumber: Ebook  Super WAHM, Super Mom Ada masanya sebagai ibu bekerja, saya hilang fokus kerana sibuk menguruskan kerjaya, keluarga dan bisnes online yang dijalankan. Untuk menyegarkan kembali matlamat yang dirangka, saya mengikut nasihat otai supaya membaca buku-buku yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri. Antaranya adalah ebook ini yang ditulis oleh Pn. Masayu Ahmad. Apa kata pembaca yang lain. Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga, motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah? Ebook ini ada jawapannya. Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulilla

Matlamat Akademi Bekerja Di Rumah

Imej
Dari Meja Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad. Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah. Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot . Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah. Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan. Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah. M

Rahsia Khidmat Pelanggan

Imej
Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah. -Meningkatkan kesetiaan pelanggan. Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan. -Menjaga integriti. Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggan dengan tidak bercerita kepa

Cara Memulakan Bisnes Online

Contoh pertanyaan daripada pembaca tentang bisnes online. Saya Puan Aina, pesara kerajaan. Bagaimana puan boleh bantu saya untuk bisnes online. Saya adalah kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online? Masalah Puan Aina ini, ada beberapa sebab di bawah: Tak pandai guna email. Tak pandai buat email. Tak pandai transaksi online. Tak pandai nak cari produk. Tak pandai cari pelanggan. Tak tahu nak pilih produk. Tak tahu nak jejak pembekal/pemborong. Itu sebabnya Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Kelas asas ini sesuai dengan masalah di atas. Untuk yang sudah otai, boleh pilih kelas lain yang lebih baik dari kelas asas yang kami ABDR tawarkan. Kami buka atas soalan dan pertanyaan sekalian suri. Jadi bagi anda yang mempunyai senarai di atas, pilih kelas asas bisnes online, kemudian pilih pakej yuran di sini   atau pakej dropship di sini . Sudah faham, kemudian pilih guru. Mahu masuk g

Rahsia Orang Berjaya

Imej
Sumber: ABDR Gambar: Google Dalam satu kumpulan yang mahu berubah, Cik Jah, Cik Kiah dan Cik Tipah menyertai kursus motivasi anjuran surirumah. Kumpulan tersebut ada 10 orang. Mereka digerakkan dan dibantu dengan:- 1. Seorang pakar motivasi 2. Alat untuk bantu penjana pendapatan 3. Strategi untuk berubah Selepas 3 hari selesai berkursus, maka ini hasilnya: 1. Cik Tipah pada bulan ke dua selepas balik berkursus terus memulakan usaha dan sudah mendapat hasil pendapatan 4 angka sebulan. 2. Manakala Cik Jah, hari ini kalau dia rajin maka dia buat, kalau hari ini dia malas katanya Cik Jah mahu rehat. Maka begitulah pendapatan Cik Jah macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada. 3. Cik Kiah pula sering mengadu pada Cik Tipah, dia mengalami banyak masalah itu ini sebab dia tak boleh menjana pendapatan. Anaknya bising jadi dia tak boleh fokus. Dia selalu sakit kepala apabila mengadap kerja, tetapi ajaibnya apabila mengadap fb dia sangat ok. Hasil pandangan t

Promosi Aidiladha

Imej
Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Butik Fesyen Wanita akan mengadakan promosi pakaian terpilih untuk pelanggan yang dikasihi. Lihatlah fesyen dan warna yang anda minati dan tempah segera sebelum promosi tamat. Sesuai juga untuk digayakan dalam majlis keramaian. Mini Kurung Double Lace Design : Baju Kurung Sulam French Lace, Kain Potongan Princess Cut Material : Soft Lycra Harga : RM 180   Promosi terhad RM 150 SAHAJA! Free PosLaju Stok tersedia saiz XS - XL ( GREY cuma ada size L dan XL sahaja). Hubungi saya untuk tempahan. Sms / Whatsapp: 013-2006586 Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Promosi Aidiladha

Imej
Baju Kurung Chiffon Duyung Design : Fish Tale, Kain Duyung Material : Chiffon Full Lining Harga : RM 200    Promosi terhad RM 150 SAHAJA! Free PosLaju Stok tersedia saiz XS - XL Hubungi saya untuk tempahan. Sms / Whatsapp:  013-2006586 Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sila datang lagi :)

Khasiat Madu Dan Kayu Manis

Imej
Sumber: Perkongsian FB Siapa pernah terfikir? Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas dan tutup api dari terus menyala. Biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu. Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis, campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati

Bengkel Asas Akaun

Imej
Kami menawarkan 3 jenis kelas akaun berikut bagi membantu WAHM menguruskan aliran kewangan bisnes: 1. Grup Coaching (4-6pax) 25/9/14, Khamis 2/10/14, Khamis Masa: 9.30pg - 2.00tgh Sijil dan Refreshment Disediakan Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax) Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE) 2. Kelas online - 21 Sept 2014, Ahad Sesi online selama 3 jam 10am-1.00pm Yuran RM150 Modul 1: Basic book keeping. Bagaimana merekod buku simpan kira? Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya. - Mengenal dan belajar kepentingan dokumen. - Invois, cash, bil, resit, purchase order Bonus : ebook 101 idea home based bisnes, beriklan setahun di soho directory. 3. Bengkel bagi grup besar (15-30 pax) Harga PROMOSI RM199 di Shah Alam 27 Sept, Sabtu. Daftar 2 orang RM350 9.15am-5.15pm Pilih jenis kelas yang ingin anda sertai dan hubungi saya untuk info dan pendaftaran selanjutnya. http://kelasonlineurusak

Wanita, Ibu, Isteri Dan Pekerja

Imej
  Teks: Ruslinda Abdul Jalil Saya bermula di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dengan mendaftar dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage pada 7 April 2014. Tujuan asal saya menyertai ABDR untuk belajar bisnes online sebagai persediaan sebelum berhenti kerja. Selepas mendaftar, saya diberikan 4 ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog, ebook 101 Idea Home-Based Bisnes, ebook  Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline dan ebook  Super WAHM Super Mom. Semua ebook ini saya cetak dan simpan supaya mudah diulang baca. Sampai sekarang ebook ini masih saya gunakan sebagai panduan. Apabila saya hilang fokus atau terbejat kerana terlalu banyak perkara baru di arus media sosial, saya akan membaca semula kisah-kisah motivasi dalam ebook ini untuk memulihkan  semangat yang terbang dan kembali ke landasan. Hari ini saya hendak mengulas tentang ebook Super WAHM, Super Mom hasil pembacaan saya.   Sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan pekerja, kita terpaksa berjuang setiap har