Setiap Usahawan Mesti Ada Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya terbaca tentang pemasaran melalui blog yang dijangka akan menjadi pilihan pembeli dan penjual akibat pelbagai faktor sekatan di FB. Ada usahawan offline yang mengiklankan produk mereka di blog untuk meluaskan pasaran dan permintaan. Sesuai dengan situasi pembeli / bakal pembeli yang tiada masa keluar membeli-belah. Ramai yang lebih suka membeli secara online dan merujuk Google.

Saya petik ulasan tentang internet marketing pada tahun 2015 daripada Mohd Suhaimy:

Untuk tahun 2015, ini yang saya jangkakan akan berlaku di dalam dunia "pemasaran internet".

1. Email marketing akan terus kekal relevan dan menjadi senjata utama.

2. Facebook marketing - semakin ramai akan "turn off" dan beralih arah..ramai usahawan akan mula mencari alternatif lain setelah berkali-kali dikecewakan oleh facebook (reach fanpage semakin kurang, iklan semakin mahal, syarat makin ketat - tak boleh guna ayat power dan gambar sebelum/selepas dan macam-macam lagi)

3. Disebabkan itu, ramai akan kembali semula kepada Search Engine (SEO), maka blog (a.k.a content marketing) akan semakin menjadi tumpuan.

4. Google adword juga dijangkakan akan kembali mendapat sambutan semula kerana kos iklan google adword kini sudah kembali menjadi lebih murah dan lebih targeted berbanding facebook.

5. Video marketing (youtube) akan mula meriah tetapi dengan style "games yang baru".

6. Retargeting Marketing, tiada perubahan besar.

7. Instagram, pinterest, twitter - status masih lagi KIV .

Oleh itu, saya ingin mengajak semua usahawan menghasilkan blog niaga anda sendiri dengan Akademi Bekerja Di Rumah secara ONLINE. Kami ada barisan guru online yang berkaliber untuk membantu anda.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku