Cara Google Mengenali Blog Anda

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Sekiranya anda menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, anda akan diberi 8 soalan analisa untuk menilai sasaran dan fokus blog anda nanti. Kemudian anda perlu siapkan tugasan 44 catatan entri. 

Banyaknya? Taklah, jika anda ikut apa yang diajar oleh guru online, idea untuk menulis akan mengalir dan timbul tanpa di sangka. Yang penting banyakkan membaca dan menulis.

Macam suri berpantang selepas bersalin 44 hari tu. Tujuannya untuk memulihkan kesihatan. Manakala 44 entri pula untuk melekatkan blog anda dalam carian google. Nanti blog anda senang timbul kalau orang menaip kata kunci yang berkaitan.

Mengapa perlu siapkan 44 entri pertama?

44 entri pertama sangat penting untuk latihan menulis setiap hari. Anda wajib mempunyai catatan nota harian. Ini latihan asas mengumpul idea. Idea yang paling mudah adalah catatan harian, kemudian tulis semula dalam blog.

Dua label penting dalam blog adalah catatan harian dan catatan pengalaman. Inilah unik dan beza blog kita dengan blog orang lain. Perkongsian pengalaman dan rutin kita tidak sama dengan setiap orang, jadi blog kita akan lebih menarik dengan perkongsian ini. Rutin dan pengalaman kita mungkin biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi yang membacanya.

Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari?
Ya, boleh. Ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.

Mengapa perlu analisa?
Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah pendidikan, pengalaman dan minat/kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, anda akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan seterusnya.

Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat?
Ya, ada. Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini. Ia flesibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan. Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri.

Namun, pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula dan mengambil semangat pelajar yang laju.

Saya belanja gambar je la..makanan dah masuk perut :)
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku