Dugaan Hidup

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Google

Ketika kita sedang sakit, Allah tarik 3 perkara: 

1- Keceriaan wajah kita,
2- Selera makan kita,
3- Dosa kita.

Apabila kita sudah sembuh, Allah hantar 2 benda sahaja:
1- Keceriaan wajah kita,
2- Selera makan kita.

Tapi Allah tidak hantar balik dosa kita. Allahuakbar, sayangnya Allah kepada kita.

Segala musibah atau dugaan hidup adalah menguat keimanan bagi yang sentiasa mengingati Allah kerana kepadaNya sahaja tempat kita memohon pertolongan.

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosaku,
Ampunilah dosa ibu bapa dan mertuaku,
Ampunilah dosa anak-anakku,
Ampunilah dosa keluargaku,
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku,
Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah,
Tetapkanlah keimanan kami,
Berkatilah usaha kami,
Jauhilah kami dari segala bentuk kejahatan dan fitnah dunia,
Lindungilah kami daripada azab api neraka.

Amin Ya Rabbal A'alamin.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku