Kad Bisnes
Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Cuba perhatikan orang yang menjalankan bisnes, apabila bertemu dengan pelanggan atau bakal pelanggan, mereka akan memberikan kad bisnes. Biasanya kad bisnes itu tertera nama syarikat, khidmat/produk yang ditawarkan, nombor telefon, alamat web/fanpage/Instagram dan sebagainya. Mungkin kad itu hanya dilihat seketika dan disimpan dalam poket tetapi mereka akan mencari semula kad bisnes itu apabila memerlukan khidmat anda.
Jadi, dalam menjalankan bisnes offline atau online, kita memerlukan tag/label tersendiri. Bagaimana cara menyebarkan kad bisnes kita secara percuma
sahaja melalui carian google.
Kad bisnes percuma adalah melalui email,
blog dan google. Tulis yang baik-baik dan bermanfaat, olah cerita negatif kepada cerita positif dan sebarkan. Tulis dengan integriti bukan menciplak. Jadikan tiga medium ini bertebaran secara online.
Inilah salah satu asas yang diajar dalam kelas asas blog dan
fan page mula bisnes. Ia sangat asas, nampak macam mudah tetapi ia sangat
berkesan.
Blog adalah medium percuma yang sangat sesuai untuk mula
memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan. Mula sebarkan kad
bisnes percuma kita hanya atas talian sahaja. Mula bina penjenamaan diri dan
bisnes melalui penulisan di blog.
Ini kad bisnes saya :)
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan