Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain. 

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!


Jumpa lagi :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku