Ulasan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: ABDR

Bagi anda yang masih tercari-cari idea untuk menjalankan bisnes, ebook ini akan menjadi pencetus untuk diri anda. Sebenarnya terdapat banyak idea untuk menjalankan bisnes bergantung kepada kebolehan seseorang individu mengadaptasi masalah yang terdapat dipersekitarannya.

Di dalam ebook ini terdapat 101 cadangan bisnes produk dan perkhidmatan dalam aspek keperluan seharian dari segi pakaian, perhiasan, makanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan. Senarai bisnes ini boleh dijalankan secara kecil-kecilan dan dikembangkan menjadi sebuah bisnes yang lebih besar. Bagi bisnes yang baru bermula boleh beroperasi dari rumah (SOHO) untuk menikmati gaya hidup bekerja dan matlamat untuk keluarga.

Secara asasnya sesuatu bisnes mesti berlandaskan kepada permintaan/keperluan dan minat/kepakaran. Tanpa perancangan, penyelidikan dan disiplin sesuatu bisnes tidak akan berpanjangan. Oleh itu kita perlu tahu tentang strategi pemasaran, periklanan dan jualan. Usahawan juga memerlukan motivasi dan tip untuk kekal produktif bekerja. Kita perlu belajar daripada perkongsian pengalaman usahawan SOHO untuk memahami dunia bisnes.

Sebagai seorang Muslim, model usahawan yang mesti dicontohi dalam menjalankan bisnes adalah Nabi Muhamad SAW dan Siti Khadijah kerana baginda dan isteri menjalankan bisnes untuk bekerja dan beramal.

Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut dan mahu mula bisnes, boleh membeli ebook ini dengan menghubungi saya :-

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
FB https://www.facebook.com/ruslindajalil

Jumpa lagi :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku