Ebook Bekerja Dan Berniaga
Ebook Bekerja dan Berniaga
Tulisan : Pn Azura Abdullah
Harga RM40
Suri yang masih bekerja boleh baca perkongsian Pn Azura
Abdullah berniaga semasa beliau masih bekerja. Ia bukan ebook nak jadi kaya
tetapi perkongsian dari hati yang tulus untuk bantu suri mula bisnes secara
sambilan.
"Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan
hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala
saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook
ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang
saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil
ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman
orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. "
"Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang
kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi
pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga
ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan
ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya
itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit
kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan
keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap
berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga.
Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber
pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah
banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan
dengan izin Allah SWT."
~Pn. Azura Abdullah
Pengenalan
Objektif
Bab 1: Tetapkan Matlamat
Bab 2: Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes
Bab 3: Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean)
Bab 4: Cakap Serupa Bikin
Bab 5: Teras Bisnes
Bab 6: Langkah Kecil Langkah Besar
Bab 7: Bisnes Tanpa Modal
Bab 8: Pilihan Produk
Bab 9: Pengurusan Masa
Bab 10: Bersama-sama Untuk Bersama
Bab 11: Penjenamaan Diri
Bab 12: Hartanah Maya vs Media Sosial
Bab 13: Simbol Palsu Kejayaan
Bab 14: Tahu Apa Yang Dimahu
Bab 15: Orang Berjaya Mencari Peluang, Orang Gagal Mencari Alasan
Bab 16: Bisnes Itu Satu Permainan
Bab 17: Prioriti & Nilai Kehidupan
Bab 18: Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga
Penutup
Bagi yang berminat untuk dapatkan ebook ini dan mengetahui perkongsiannya, boleh hubungi saya.
Sms/whatsapp: 013-2006586
email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan