Basuh Pinggan Sendiri

Teks : Ruslinda Abdul Jalil

Sejak mula berkahwin dengan suami, saya jarang basuh pinggan makan dia kerana setiap kali selesai makan dia akan bawa sendiri pinggannya ke sinki dan terus cuci. Bila saya halang dia kata "Takpe bukan susah pun, tapi yang lain mama cuci le. Abang cuci pinggan sendiri je". Bertuah kan, bukannya nak tolong cuci semua! :-P

Kata suami saya, mak dia ajar dari kecil setiap kali selesai makan semua anak-anak mesti bawa dan cuci pinggan makan sendiri. Walaupun berlambak pinggan mangkuk dalam sinki, jangan ngada-ngada nak melambakkan lagi pinggan dalam sinki tu. Basuh sendiri!

Kepada anak-anak kami pun suami saya terapkan perkara yang sama, cuma bawa pinggan ke sinki sahaja belum pandai cuci sendiri. Takpe, perlahan-lahan ye nak.

-----------------------------------------------------------------------------------

Ada yang berminat untuk memasarkan serunding, rempah nasi Arab, kurma/kekacang ataupun membelinya, sila hubungi saya Linda 013-2006586 ataupun email ruslindajalil@gmail.com




Serunding daging, serunding ayam, serunding ikan, rempah Nasi Arab atau kurma/kekacang. Semuanya di projek duit raya ABDR.
Daftar sebagai dropship, untuk mula berjualan selain dapat belajar menghasilkan blog kedai online.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku