Ulasan Ebook Asas Blog
Penulis: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Bisnes
Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan
zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi
ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya
lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’
apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone,
Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal?
Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.
Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak
menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri
menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog
bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai
alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika
anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali
ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam
maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin
kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba
untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat
menjurus kepada ‘memberi dan menginspirasi’ pembaca.
Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip
semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad
bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya
memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari
semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya
ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor
yang gigih membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di
Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah
Yang Esa yang memberi ilham.
Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang
mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan
yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi
pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema
yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang
tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian
pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga
dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa
wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah
Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk
tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu
perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara
praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan
sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan
produk, belajar tip blogging efektif dan belajar menghasilkan pendapatan
bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah, kerana Tuhan itu Maha
Kaya.
Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB
menulis entri di blog sehingga mencapai angka di tetapkan. Mungkin ini adalah
pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak
merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di
sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini
adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau
pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk
dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan
untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis
ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya
memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.
Nota Kaki: Bagi yang belum ada blog dan suka baca blog orang
lain sudah sampai masanya anda punya blog sendiri. Kita mungkin tidak
dinobatkan penulis popular tetapi kita perlu nobatkan diri kita selaku seorang
penulis. Kerana setiap hari kita mungkin menulis!
Jejak beliau di sini http://bibinormimdnoor.blogspot.com
********************************************************************
Akademi Bekerja Di Rumah menerima pendaftaran setiap hari. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:
********************************************************************
Akademi Bekerja Di Rumah menerima pendaftaran setiap hari. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina
blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul
yang dapat menarik traffik ke blog.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang
mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga
mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana
pendapatan bermula RM5, RM10 dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami
sediakan produk untuk dropship.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium
promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis
cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah
pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil / WAHM SOHO - Khas untuk
usahawan kecil / WAHM SOHO yang mahu belajar cara urus akaun dengan lebih
sistematik. Kelas urus akaun bisnes ini berlangsung dengan tenaga pengajar yang
berpengalaman dalam bidang ini.
Lihat lagi pilihan pakej yuran kelas di sini. Hubungi saya untuk pendaftaran.
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp 013-2006586
Ulasan
Catat Ulasan