Kenapa Blog Anda Tidak Dikenali?

Ada yang bertanya begini:

''Saya sudah post entri di blog, tapi bila buat carian goggle kenapa blog saya masih tidak tersenarai dalam carian pertama goggle?''

Jawapannya mudah sahaja, jika hanya sekali dua kita buat entri, goggle masih belum mengenali kita. Masih sukar untuk kita dijejaki. Jika mahu berada di carian goggle, perlulah konsisten menulis. 

Dalam kelas kami ajar dan latih protege menulis 44 catatan pertama untuk memahirkan protege menulis dan terus menulis. Untuk mendapat momentum menulis. Umpamanya begini, goggle hanya kenal sahaja blog kita. Tapi belum kenal siapa kita sebenarnya. Jadi untuk mudah goggle kenal dan berada di carian, fokus menulis berdasarkan kata kunci dan tajuk utama / niche utama blog. Ini semua sudah diberikan dalam kelas semasa protege menjawab soalan analisa.

Pentingnya fokus blog, ia menjadikan blog kita ada arah tuju dengan pengisian utama, berdasarkan kepakaran, minat dan kemahiran sedia ada. Ini sudah saya bagi dalam jawapan analisa, jangan hilang fokus, setiap bidang ada pembacanya, berjuta-juta di luar sana, hanya fokus apa yang kita ada dan tulis ia dalam blog, dari situlah uniknya kita berbanding orang lain.

Belajar lanjut dalam kelas online blog ABDR.


Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku