Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Hospital Kuala Lumpur

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Sudah lama saya tidak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Banyak perubahan yang berlaku di persekitarannya. Ada bangunan sedang ditambabahbaik dan parking pun percuma. Keadaan di hospital memang sesak dengan orang dan kenderaan. Kalau tiada urusan atau sakit sudah tentu tiada yang mahu ke hospital kan, macam saya - takut ubat takut jarum, bau hospital pun seram!.  Baru-baru ini saya terkena penyakit mata jadi terpaksa ke hospital untuk rawatan dan cuti sakit kerana tidak tertahan pedihnya, kepala pun rasa sakit. Bermacam petua dicari, ada yang suruh bubuh air susu badan dan sebagainya. Sabar Linda, Allah menurunkan sakit ini untuk menguji dan menyedarkan kealpaan saya.  Seingat saya, Jabatan Pesakit Luar ini dahulunya terletak di bahagian dalam yang sama bangunan dengan Jabatan Kecemasan, tetapi sekarang Jabatan Pesakit Luar diubah berdekatan Masjid HKL dan Jabatan Pediatrik. Dulu ada palang parking dekat Masjid HKL ini, apabila hendak masuk ke kawas

Bercuti Ke Sabah (Hari Kelima)

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Jika anda datang ke Kota Kinabalu Sabah, tempat yang mesti anda kunjungi adalah Pasar Pilipin yang terdiri daripada Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin, Pasar Buah serta Pasar Besar ala-ala Pasar Payang Terengganu pun ada. Tempat ini bukan sahaja dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara malahan orang Sabah sendiri pun membeli di sini. Pasar Kraftangan menjual mutiara, keronsang, cenderamata, beg, fridge magnet, keychain, t-shirt, barang perhiasan, hasil kraf tempatan, karangan laut dan berbagai lagi. Walaupun tawar-menawar tapi harganya masih mahal berbanding di Pasar Malam Sinsuran mungkin kerana tempat ini sudah dikenali ramai. Pasar Ikan Masin pula menjual rumpai laut berwarna ungu dan hijau, ikan bilis, udang kering, sotong kering, kuih cincin, amplang (keropok), kopi Tenom dan berbagai lagi makanan kering. Saya membeli di kedai dalam #7, nama jurujualnya Carmina. Harga barang yang ditawarkan taklah murah sangat tetapi saya mahu membeli sebagai

Bercuti Ke Sabah (Hari Keempat)

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Mengikut rancangan asal kami sepatutnya bertolak ke Kudat hari ini tetapi terpaksa di batalkan kerana kami belum sempat melawat tempat di Ranau. Perjalanan ke Kudat akan mengambil masa selama 3 jam. Kalau anda berpeluang ke sana anda mesti pergi ke Simpang Mengayau atau dikenali sebagai Tip of Borneo - tanduk Sabah kerana kelihatan seperti tanduk jika di lihat dalam peta untuk melihat pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Proses check-out dari homestay Sabah Baru Motel sangat mudah kerana pesan En. Ooi kalau tiada orang di depan rumah, tinggalkan kunci di peti pos sahaja. Hari ini kami bersarapan di Ladang Teh Sabah. Namun perjalanan mendaki bukit ke Sabah Tea yang tidak berturap amat menyeksakan badan dan kenderaan juga. Di harap pihak pengurusan Sabah Tea dapat menambah baik jalan berbatu itu kepada jalan berturap. Anda jangan berharap untuk melihat pokok-pokok teh yang subur menghijau seluas mata memandang seperti di Cameron Highlands kerana di

KERABU KACANG BOTOR

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Google sini Kerabu Kacang Botor Semasa ke kedai ikan pagi tadi, saya ternampak kacang kelisa atau dikenali juga sebagai kacang botor. Terfikir hendak buat kerabu la. Menu ini saya belajar dari ibu mertua tersayang. Mudah dan cepat disediakan. Biasanya orang makan kacang botor ini begitu sahaja sebagai ulam cicah sambal belacan. Apa kata anda cuba menu ini:- Bahan-bahan: 8 biji kacang botor - basuh dan hiris jangan nipis sangat 1 tin sardin kecil - buang kuahnya separuh dan isinya di hancur kasar 3 biji cili padi - di racik 2 ulas bawang merah kecil - di racik 1 sudu kecil perahan limau nipis Garam secukup rasa Cara-cara: Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan perasakan dengan garam. Gaul sekata. Dah siap! Boleh dimakan dengan nasi panas bersama ikan goreng dan sebagainya. Selamat mencuba. Kalau balik ke rumah mertua, kebetulan ada pucuk putat maka kacang botor tadi digantikan dengan pucuk putat yang telah di hiris. Lepas tu lebih

Bercuti Ke Sabah (Hari Ketiga)

Imej
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Jam 8.00 pagi kami dah check-out dari hotel dan berangkat ke Kundasang. Perjalanan memakan masa 3 jam atau lebih kerana kami singgah di beberapa tempat untuk mengambil gambar kenangan. Kami terlepas pandang Rumah Terbalik yang terletak di sebelah kiri jalan sebelum simpang ke Pekan Tamparuli jadi kami terus ke Jambatan Tamparuli. Anda akan nampak dua buah jambatan, satu jambatan konkrit untuk laluan kenderaan dan satu lagi yang tergantung sebelah kiri itulah Jambatan Tamparuli. Jambatan konkrit untuk laluan kenderaan. Sekiranya ada kenderaan dari arah depan kita kena tunggu hingga kenderaan yang terakhir barulah kita boleh jalan kerana laluannya sempit. Menurut cerita, jambatan gantung ini bukanlah yang asal dan sudah lama runtuh akibat banjir besar. Jambatan baru ini dibina menggunakan besi pada keseluruhan bahagian kecuali lantai masih dialas kayu. Namun ada beberapa bahagian lantai kayu yang sudah reput dan berlubang, keadaan ini berbahaya jika oran

Bercuti Ke Sabah (Hari Kedua)

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Semua orang tahu di Sabah ni waktu siangnya lebih cepat daripada Semenanjung. Seawal 4.50 pagi dah azan Subuh, jam 6.00 pagi hari dah cerah. Liat jugak nak bangun pagi, tengok jam awal lagi tapi cuaca dah terang. Memulakan hari kedua di Kota Kinabalu, kami sarapan pagi di Medan Selera Anjung Senja berhadapan Sedco Complex kemudian posing-posing di replika ikan todak untuk mengambil gambar. Selepas itu barulah kami ke Jesselton Point iaitu jeti untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada tiga buah pulau -  Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Bila masuk ke dalam jeti ada banyak kaunter tiket untuk ke pulau berkenaan. Anda boleh tanya harga di setiap kaunter dan bandingkan. Tanya apa yang mereka tawarkan. Saya memilih Aparu Holiday Tours di kaunter #8. Saya tak cerewet sangat dan setuju dengan pakej yang ditawarkan, boleh dapat diskaun lagi. Kata petugas Aparu Holiday Tours untuk keluarga dengan anak kecil sesuai ke Pulau Sapi kerana pan

Bercuti Ke Sabah (Hari Pertama)

Teks: Ruslinda Abdul Jalil Cerita ini ditulis berdasarkan pengalaman saya melancong ke Sabah. Bagi anda yang pernah ke Sabah, pengalaman anda mungkin berbeza daripada penceritaan saya. Itu pengalaman masing-masing kan. Selamat membaca. Penerbangan kami pada 27/03/2014 jam 10.20 pagi dari LCCT Sepang. Jadi kami harus berada di airport sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penerbangan untuk urusan check-in bagasi dan sarapan. Malam tu tak boleh tidur sebab teruja nak ke Sabah! Pagi tu saya bangun jam 5.30 pagi untuk siapkan anak-anak dan periksa barang yang patut di bawa. Mujurlah jiran sebelah rumah, Syafiq dan Nadia tolong hantar kami ke LCCT jadi kami tidak perlu tinggalkan kereta di parking LCCT atau naik teksi yang tambangnya tentulah lebih dari RM 50.00 (isi minyak kereta lagi berbaloi). Perjalanan dari rumah saya ke LCCT memakan masa 1 jam, boleh juga terlelap dalam kereta kalau tak di bawa berbual. Nasib baik Syafiq dan Nadia tahu selok-belok urusan di kaunter LCCT, saya mana ta

Panduan bercuti ke Sabah

Teks: Ruslinda Abdul Jalil. Salam ceria kepada pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Saya akan ceritakan pengalaman bersama keluarga bercuti ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu pada 27 - 31 Mac 2014 (5 hari 4 malam). Diharap dapat menjadi panduan atau memberikan idea kepada anda yang bercadang hendak bercuti ke Sabah. Bab satu ni saya akan cerita tentang proses / rancangan sebelum menaiki penerbangan. Tiket penerbangan AirAsia Now Everyone Can Fly telah saya tempah 3 bulan lebih awal secara online. Tambang 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (4 dan 5 tahun) termasuk semua cukai, makanan dalam penerbangan dan bagasi berjumlah RM 1,107.00 (tak lah murah sangatkan!). Katanya kalau hendak dapat harga tiket murah, kita kena rajin survey laman web AirAsia dan rancang perjalanan dalam masa setahun atau 6 bulan sebelum tarikh perjalanan. Dalam pada itu saya survey hotel untuk menginap kerana saya bercadang 2 malam di Kota Kinabalu, 1 malam di Kundasang / Ranau dan 1 malam di Kudat.

Pengalaman

Bismillah hirrahman nirrahim. Saya mahu kongsikan pengalaman kerja yang pernah saya lakukan. Bukanlah kerja yang hebat tetapi saya belajar menghargai wang titik peluh dan bijak berbelanja. Selepas SPM tahun 1996, keputusan saya tak cemerlang sangat tapi masih memenuhi syarat untuk sambung belajar di IPT awam. Namun bila saya mohon IPT awam, yang membalas tawaran adalah IPT swasta. Abah saya tak mampu nak sediakan yuran pendaftaran IPT swasta masa tu sebab kena tanggung anak-anak lain yang masih bersekolah dan yang masih kecil. Masa tu saya baru 7 beradik tapi sekarang ni tahun 2014 saya dah ada 12 beradik. Fuh, riuh-rendah! akak yang sulung tau. Jadi saya pun bawa diri menceburi pekerjaan pertama sebagai krew McDonalds di Sungai Petani. Pengurus ajar supaya respon kepada semua komunikasi yang berlaku dalam McD tu, contohnya kalau ambil ayam yang terakhir atas tray kena bagitau orang dapur 'PC two pieces out, zero' supaya orang dapur tahu ayam goreng dah habis dan akan pen

Pengenalan Diri

Bismillah hirrahman nirrahim, Salam perkenalan kepada pembaca, semoga hari anda ceria dan bersemangat menempuh duniawi ini yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor saya, Pn. Anys Idayu Zakaria kerana dengan tunjuk ajar beliau maka blog sulong saya ini terhasil. Senang je rupanya, klik klik dah jadi blog. Cuma pengisiannya saya masih belajar dan memerlukan tunjuk ajar mentor. Nama saya Ruslinda bt Abdul Jalil, boleh panggil Linda. Suri kepada suami yang disayangi Asmadi bin Che Hassan dan mama sepasang cahayamata penawar duka Asma Rusyaidi dan Asma Rusydina. Sekarang masih bekerja di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Saya bekerja di sini hampir 15 tahun. Ini pekerjaan yang paling lama saya bertahan. Saya dilahirkan di Johor Bahru tetapi dibesarkan di Sg. Petani Kedah hingga tamat SPM. Disebabkan saya anak seorang pesara tentera, saya pernah merantau ke beberapa buah sekolah iaitu Negeri Sembilan (Tadika), Kedah