Panduan Asas Dropship
Berikut adalah tip-tip yang diperolehi daripada guru online saya.
TIP DROPSHIPPER.
Pertama sekali kena berdikari dan gunakan peluang yang ada dengan mempromosikan produk di fb, fanpage, atau blog jika ada.
Latih tubi promosi gaya kita sendiri. Jangan malu untuk memulakan sesuatu. Jika tiada yang mahu beli teruskan juga promosi. Konsisten lakukan promosi sehingga ada yang menyedari bahawa kita ada menjual produk tersebut.
Tambah ilmu, sekarang sangat banyak yang percuma mahupun yang berbayar. Tambah ilmu dengan baca dan belajar dari otai yang selalu post status tentang bisnes.
Biasakan diri dengan melayan karenah pelanggan. Jawab pertanyaan dengan santai dan jujur. Beritahu terma dan syarat pembelian awal-awal supaya pelanggan jelas sebelum membeli.
Follow up selepas penghantaran produk, tanya feedback, barang sudah sampai atau belum, follow up status penghantaran barang di laman pos laju.
Iringi setiap perbualan dengan ucapan terima kasih, mohon maaf dari pihak kita jika ada sebarang masalah dan sentiasa mesra (letakkan smile icon) di setiap perbualan.
Mahu lebih banyak tip dan belajar menjana pendapatan melalui dropship buku? ABDR mempunyai guru yang berpengalaman dalam bisnes online yang akan membimbing anda.
Hubungi saya untuk mendaftar.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan