ABDR Komuniti Ibu Bekerja Di Rumah
Penulis: Rosilawati Wahid
Sumber: ABDR
Ulasan Kelas Blog Bisnes Penulisan
Saya mula menulis blog dari tahun 2008 (mulanya di sini).
Waktu itu tiada panduan, tiada komuniti, tiada cikgu yang membantu. Semuanya
redah sendiri. Niat hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit dengan orang lain
yang punya hobi dan minat yang sama.
Dari blog tersebut dapat berkenalan dengan sahabat baru yang
rata-rata daripada minat yang sama. Sahabat baik dari Kota Kinabalu juga
berjumpa di lapangan blog tersebut. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin kekal
hingga ke hari ini.
Saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah sejak
2012. Terpaksa berhenti kerja kerana anak-anak telah meningkat remaja dan
perlukan perhatian yang lebih istimewa. Jadi saya rasakan saya perlu berada di
dalam sebuah komuniti yang dapat membimbing, kumpulan yang merupakan kumpulan
sokongan untuk membantu saya di dalam pengurusan sebagai seorang ibu yang
bekerja dari rumah.
Sekitar penghujung Mac 2015 bermula daripada perkongsian
rakan fesbuk (Cik Azue) berkenaan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) seterusnya
membawa kepada perkenalan dengan cikgu Anys iaitu salah seorang pengurus online
akademi bekerja dari rumah timbul minat untuk bergabung dengan komuniti ini.
Saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Terus
mendaftar untuk menyertai akademi bekerja dari rumah bermula April 2015.
Sejurus mendaftar saya menerima pautan untuk lima buah ebook. Saya juga diserap
masuk ke dalam kumpulan akademi bekerja dari rumah kelolaan Cikgu Anys.
Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar
cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar
disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog
sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan
menentukan minat dan kecenderungan kita.
Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan
ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum
ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga,
kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau
perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.
Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang
sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak
sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari
rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.
Kelas akademi bekerja dari rumah ini kerana ianya sangat
fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas
anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada
paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang
kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui
pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu Anys.
Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog,
ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama
blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian
dan juga catatan pengalaman sebagai panduan.
Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan
peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan
ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi
bekerja dari rumah ini.
Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan
kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang
ada.
********************************************************
Mahu sertai kelas ABDR? Hubungi saya.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com
#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
Ulasan
Catat Ulasan