Cara Lihat Inbox Other FB

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Saya mohon maaf kepada adik kakak yang pm saya di FB. Ada mesej yang saya terlepas pandang sebab masuk ke inbox other. Bila saya buka mesej tu, ada yang hantar sejak bulan Julai 2014. Maaf. Mesej adik kakak tak muncul di peti mesej biasa tu. Jadi saya tidak tahu ada orang mesej saya.

Rupanya kalau kita tidak 'friend' dengan orang yang pm kita di FB, mesej dia masuk ke inbox other. Saya baru tahu! Maaf. Saya tidak mahir sangat dengan gajet IT ni. Pernah terbaca tapi tak faham :p

Mulai sekarang saya akan rajin pergi tengok kat inbox other tu.


Kalau kita buka FB dari desktop telefon bimbit, memang tak jumpa inbox other tu.

1. Mula-mula kena buka FB melalui Google Crome dan sewaktu dengannya.


2. Klik peti mesej dan skrol sampai bawah. Ye, bawah lagi lagi. Sampai tak boleh skrol dah.

3. Akan jumpa 'Lihat Semua Pesanan' atau kalau setting telefon bimbit anda dalam Bahasa Inggeris, ayatnya berbunyi 'See all messages'. Klik yang itu.

4. Anda akan nampak 'lihat mesej lain' atau 'see other messages'. Haa..itulah nya. Tengok berapa banyak mesej yang anda belum baca dan tak perasan pun (kalau ada la).

Adalah satu kerugian kepada peniaga online macam saya yang terlepas pandang pertanyaan (pm) dari pelanggan atau bakal pelanggan yang bertanya tentang produk yang saya tawarkan. Oleh itu, bagi yang belum tahu tentang inbox other ni bolehlah pergi tengok. Yang dah tahu tu, baca je la ye :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Meningkatkan Hb Dalam Darah

Perbezaan Cerpen dan Novel

Dropship Buku