SALAM MAAL HIJRAH 1438
Teks dan Sumber: Grup WA
Perhatikan LIMA JARI KITA,
Perhatikan LIMA JARI KITA,
1. Ada IBU JARI yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada JARI TELUNJUK yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada JARI TENGAH yang sombong, hanya kerana merasa paling panjang.
4. Ada JARI MANIS yang selalu jadi teladan, baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Dan ada JARI KELINGKING yang lemah dan penurut.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk BERSATU :
* saling menyayangi.
* saling menolong.
* saling berkongsi.
* saling menghargai.
* saling melengkapi.
Bukan untuk :
* saling menuduh.
* saling menyalahkan.
* saling merosak.
* saling iri hati.
* saling memporak perandakan.
Semua perbezaan dari kita adalah keindahan, agar kita RENDAH HATI dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
Tiada yang benar-benar lebih bodoh atau lebih pintar, kerana bodoh atau pintar itu relatif.
*Orang pintar boleh gagal.
*Orang hebat boleh jatuh.
*Orang kuat boleh kalah.
Tetapi..
Orang yang RENDAH HATI dalam segala hal akan selalu mendapat KEMULIAAN.
Sekadar buat renungan kita bersama.
Salam Maal Hijrah 1438H.
Ulasan
Catat Ulasan