Mama Sudah Resign
Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, atau mahu bekerja dari rumah, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan dalam Ebook Yeay Mama Sudah Resign ini..
Matlamat untuk sukses.
Apabila suri mahu bekerja dari rumah, akan melihat banyak
peluang yang datang. Selalunya juga banyak idea yang mula menerjah. Tetapi
sangat jelas apabila melihat atau membaca kisah kejayaan ikon yang suskes lihat
apa yang dilakukan. Lihat apa yang diusahakan. Sangat ketara perkara yang
diusahakan adalah melekat tebal dalam fikiran dan tindakan. Matlamat yang jelas
untuk sukses di sini maksudnya apa jenis bisnes yang mahu dilakukan. Fokus mahu
jadi usahawan kek, usaha jahitan atau usahawan pemasaran online. Matlamat yang
jelas menyebabkan kebanyakan suri mudah terikut-ikut, tidak ada pegangan yang
kejap dan tidak ada ketetapan disiplin.
Tidak ada gangguan rakan sekerja.
Boleh sahaja memberi fokus kepada kerja tanpa perlu memberi
peluang orang lain meganggu. Tidak ada masa untuk sembang kosong, gosip pejabat
atau berjumpa rakan-rakan kerja yang tidak digemari. Suri boleh sahaja tidak
mengaktifkan diri di lama sosia atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon
tangan.
Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang
digemari.
Kebiasaan bagi mereka yang tinggal di bandar besar,
kesesakan lalu lintas adalah rutin yang menjemukan. Ia tidak bagi mereka yang
bekerja sendiri atau bekerja di rumah. Boleh pelbagaikan apa sahaja aktiviti
bermanfaat pada sebelah pagi. Contohnya pada awal pagi atau waktu petang.
Kerana ketika wanita lain sibuk di pejabat, anda boleh
sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman. Begitu juga
pada waktu petang boleh memilih mana-mana taman yang lapang untuk bawa
anak-anak riadah bersama. Menarik bukan!
Sentiasa berada di persekitaran keluarga.
Keluarga adalah salah satu matlamat utama bekera dan berada
di rumah. Tidak kira ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa
ada di sisi. Inilah masanya memenuhi aktiviti berkualiti 24 jam sama ada urusan kerja atau keluarga. Dua ini sangat penting, kerana masa bersama anak-anak
hanya sekali sahaja dalam hidup. Ketika mereka sakit kita ada untuk merawat
tanpa perlu mengambil cuti. Ketika anak sedang membesar kita ada untuk
meransang dan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian.
Teruja kan! Baca lebih lanjut dalam Ebook Yeay Mama Sudah Resign ini dengan harga RM 30. Anda akan tahu lebih banyak keterujaannya. Hubungi saya jika mahu dapatkan ebook ini.
Ulasan
Catat Ulasan