Nota Inspirasi Suri
Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti
kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak
jawatan.
Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit.
Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan
untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan
tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak
pelbagai menu.
Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya
pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku
berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya
adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih
diri pengurusan masa dan rumahtangga.
Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya.
Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui).
Al-'Ankabut ayat 62.
Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur
duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan
keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar
setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya
bahagia.
Baca lagi nota inspirasi suri yang lain dalam ebook 'Yeay! Mama Sudah Resign' dalam pakej promosi ini.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan