Menjadi Suri Hebat
Penulis: Norashikin Said
Guru Online: Khairunnisa Hamzahara
Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom
Sebenarnya perasaan meluap-luap untuk berhenti kerja memang
ada dalam diri saya selepas bersalin anak pertama lagi tapi disebabkan sumber
kewangan keluarga yang tiadak berapa kukuh jadi saya ‘pause’ dulu hasrat itu.
Sudah pasti semua ibu mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan anak di
depan mata sendiri. Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mempunyai
perancangan yang bijak kerana kehidupan saya akan berubah 3600 apabila bergelar
WAHM nanti. Justeru itu saya telah mengambil langkah inisiatif dengan
melibatkan diri dalam Bisnes MLM secara sambilan terlebih dahulu sebagai jalan
selamat sebelum mendapat pulangan hasil yang saya impikan. Ebook ini boleh
diungkap kan kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan kerana sebelum ini jalan
menuju ke WAHM itu nampak berliku-liku dan perasaan kurang yakin dengan
kemampuan diri sendiri begitu tebal tapi setelah membaca EBook ini ia menjadi
sebagai satu bentuk pertolongan untuk kita meneruskan perjalanan itu sampai ke
destinasi yang ingin kita tuju. Setiap halaman memberikan info-info dan
tips-tips yang menarik dan bermanfaat sehingga membawa pembaca ingin mengetahui
lagi dan lagi sampai ke muka surat terakhir.
Selain itu Perkongsian pengalaman pahit, suka dan duka dari
wanita-wanita hebat dalam Ebook ini dapat menaikan semangat dan menjadi
inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu
dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi sejuta
kegembiraan. Bak kata pepatah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita
atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi
kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan
kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga
pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif
dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah
penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana bekerja di rumah memerlukan
komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan.
Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan
supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan
realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan
melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu
perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif
dalam urusan bisnes. Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan
supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa
dalam menempuh hari yang sibuk. Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu
mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja
berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap
mengikut masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan
angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan
komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana
pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar
semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka
tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin
kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh
kejayaan di dunia dan akhirat.
*******************************************************************
Hubungi saya untuk mendapatkan ebook ini sebagai motivasi untuk menjadi suri yang HEBAT.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan