Apakah keunikan Akademi Bekerja Di Rumah?
Teks : Ruslinda Abdul Jalil
Pasti ramai tertanya-tanya, apakah keunikan Akademi Bekerja Di Rumah ini. Jom baca sini.
Ya, memang unik. Kalau kita pergi kursus atau seminar yang lain, perlu himpunkan 2 atau 3 orang penceramah.
Contoh:
1. Penceramah kursus teknikal - iaitu langkah demi langkah
2. Penceramah yang memberi motivasi
3. Penceramah yang menyampaikan pengalaman dalam bidang tersebut
Ok baik, apa pula uniknya? Contoh dalam bisnes butik:
1. Kami ada kelas kursus kemahiran iaitu buka kedai online, langkah demi langkah, jika ada produk boleh gunakan, jika tidak ada akademi sediakan.
2. Bagaimana pula motivasi? Ia disampaikan oleh lebih 10 orang serentak dalam bentuk penceritaan dan ia ada dalam setiap buku yang kita berikan. Contoh, ebook Super Wahm Super Mom, ialah kisah realistik ibu-ibu yang berpendidikan yang mendahului merasai pengalaman pahit manis bekerja di rumah. Kita tidak jemput mereka tetapi perkongsian itu sudah ada dalam ebook. Jadi boleh baca bila-bila masa.
3. Manakala dalam kategori bidang, kalau pelajar itu suka buat kek maka ebook bisnes makanan adalah sesuai, kerana dalam itu sudah diberikan perkongsian pengalaman sebenar dalam bisnes makanan. Bukan seorang tetapi lebih dari 10 orang berkongsi kisah benar.
4. Apa lagi?
Kami sediakan pula tapak-tapak iklan, jadi selain belajar, mengambil ilmu, mengambil inspirasi, boleh pula melebarkan sayap dengan beriklan di rumah-rumah yang didatangi pelanggan. Rumah itu adalah blog, iaitu seperti lot-lot kedai. Kami ada ramai agen lot yang membantu promosi bisnes sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh whatsapp atau pm di FB apabila sudah bersedia.
Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10 kemudian tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik dan sebagainya.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu.
Pengurus Online
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp (013-2006586).
Pendaftaran adalah setiap hari. Hubungi saya.
ruslindajalil@gmail.com
sms/whatsapp (013-2006586).
Ulasan
Catat Ulasan