Teks: Ruslinda Abdul Jalil Gambar: Koleksi Sendiri Kelmarin saya ada pemeriksaan rutin di klinik. Alhamdulillah, bacaan Hb (hemoglobin) dalam darah dah ok (11.6). Sebelum ini bacaan Hb berada antara 10.3-10.7 sahaja, menandakan darah kita cair. Bacaan normal mestilah antara 11-13. Puaslah jururawat tu pesan suruh makan itu ini dan cerita tentang keburukan Hb rendah kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Cara saya meningkatkan kandungan Hb dalam darah:- 1. Tukar dari 4 jenis pil Hematinik yang klinik bagi tu kepada Zincofer yang lebih tinggi kandungan zat besi. Makan pil Zincofer tu 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan dengan air jus atau air masak. Jangan ambil pil dengan susu. Saya ambil dengan jus oren sebab nak bagi hilang rasa loya. 2. Seminggu sekali meratah kerang cicah sos cili atau sambal kicap perah limau. Haruslah lepas ni muak tengok si kerang tu. 3. Minum Mineral Coffee setiap pagi. Saya memang suka minum kopi atau teh (saya ...
Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik. Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200 - 250 muka surat dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat. Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbi...
Teks: Ruslinda Abdul Jalil Berita baik kepada sahabat bisnes yang berada di sekitar Shah Alam, Selangor dan Bukit Katil, Melaka. ABDR akan mengadakan bengkel asas akaun offline, jadi anda dapat bersemuka dengan guru akaun untuk bertanyakan kemusykilan pengurusan akaun bisnes anda. Tarikh: 6 September 2014, Sabtu Lokasi: Shah Alam, Selangor Masa: 9.30pg - 5.30ptg Tarikh: 13 September 2014, Sabtu Lokasi: Bukit Katil, Melaka Masa: 9.30pg - 5.30ptg Yuran promosi hanya RM 199.00 Makan tengahari dan air mineral disediakan. Modul: 1. Pengenalan book keeping and accounting 2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer 3. How to do record keeping 4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga? 5. Profit & Loss. Anda untung atau rugi? 6. Case Study (full set of Bookeeping). case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping. Sahabat bisnes yang ingin menyertai bengkel ini, boleh menghubungi saya untuk tempahan ...
Ulasan
Catat Ulasan